Friday, October 31, 2008 at 2:45 PM | 0 comments  
Melamin digunakan dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan banyak lagi bahan lain. Melamin tidak dibenarkan dalam semua makanan dan ia ditambah dengan sengaja untuk tingkatkan tahap nitrogen bagi penuhi standard kandungan protien dalam susu dan ia salah di sisi undang-undang.

kesan kepada manusia adalah;

-integrasi disebabkan terhidu dan bersentuhan dengan kulit dan mata
-kerosakan dalam sistem pembiakkan
-pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing
-kegagalan ginjal terutama kepada bayi

Apa yang penting kita sebagai pembeli dan pengguna pastikan mematuhi dan sentiasa peka kepada maklumat terbaru dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai bahan-bahan makanan yang diimpot dari negara luar yang mana mengandungi kadar melamin yang tinggi.
Posted by tajau singa raja

KUCHING 28 Okt. - Barisan Nasional (BN) Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak pernah membuli rakan parti-parti komponen BN dari negeri ini malah sentiasa menghulurkan bantuan jika terdapat parti yang berhadapan dengan masalah.

Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi pengalaman beliau terbabit dalam politik sejak lebih 30 tahun lalu, BN Sarawak tidak membuli parti komponen tetapi sentiasa berkongsi sebagai rakan seperjuangan.

Menurutnya, PBB sentiasa menghulurkan bantuan kepada parti-parti komponen di Sarawak dalam menyelesaikan masalah mereka termasuk krisis kepimpinan yang melanda Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum ini.

''Malah sehingga kini, apabila parti komponen BN iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengalami krisis kepimpinan, PBB sentiasa menghulurkan bantuan untuk mengatasinya.

''Jika PBB tidak mengambil peduli malah tidak membantu mereka, ia akan memberi kesan kepada parti-parti komponen BN yang lain, namun atas semangat BN, maka kita di Sarawak terus membantu parti-parti komponen BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Posted by tajau singa raja

KUCHING 30 Okt. - Sejumlah RM5 bilion diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pembinaan kemudahan infrastruktur di Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, projek itu adalah pembinaan jambatan bernilai RM4 bilion, projek bekalan air (RM100 juta) dan pembinaan lapangan terbang (RM600 juta).

Beliau berkata, kesemua projek berkenaan akan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR).

''Projek-projek ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di negeri ini," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan pegawai-pegawai kanan JKR di sini.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Infrastruktur berkata, SCORE akan menyumbang pertumbuhan sebanyak tujuh peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri pada 2030.

Katanya, selain itu, ia juga akan mewujudkan sebanyak 1.6 juta peluang pekerjaan kepada penduduk Sarawak.

''Antara pelaburan yang dirancang untuk SCORE ialah RM200 bilion bagi sektor perindustrian, RM67 bilion (sektor tenaga), RM61 bilion (infrastruktur fizikal), RM3 bilion (infrastruktur institusi) dan RM3 bilion (pembangunan modal insan)," jelasnya.

Sementara itu, Jabu berkata, beliau mahu JKR lebih bersiap sedia dalam memastikan usaha pembangunan SCORE mengikut jadual.

Beliau menjelaskan, agenda kerajaan negeri untuk menjadi sebuah negeri yang progresif serta memiliki industri sendiri akan tercapai sekiranya JKR sebagai agensi pelaksana utama menunaikan komitmen mereka.

Utusan Malaysia 31 Okt 2008

Posted by tajau singa raja

Lebuh India menjadi tumpuan para pelancong sebagai tempat membeli belah.
- Gambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 28 Okt. - Lebuh India yang terletak di pusat bandar raya Kuching dan berhampiran Sungai Sarawak bagaikan 'lombong emas' para peniaga di kawa-san tersebut.

Mempunyai sejarah lebih seratus tahun, Lebuh India bukan lagi tempat asing bagi rakyat Sarawak kerana di situ juga terhimpun peniaga berbilang kaum yang menjalankan perniagaan di deretan bangunan-bangunan lama.

Lebuh India akan kelihatan meriah apabila tiba musim perayaan bukan hanya untuk Hari Raya Aidilfitri, malah perayaan kaum-kaum lain seperti Tahun Baru Cina, Hari Gawai Dayak, Krismas dan musim bermula sesi persekolahan.

Mengapa Lebuh India menjadi tumpuan sedangkan di bandar raya ini telah wujud pelbagai tempat atau pusat beli belah yang lain?

Utusan Malaysia cuba membongkar rahsia di sebalik keistimewaan Lebuh India yang dikatakan wujud sejak 1850-an dan mampu bertahan sehingga hari ini serta berpeluang menemubual generasi pewaris peniaga awal di kawasan tersebut iaitu Aysha Shaikh Ismail, 50.

Aysha yang memiliki Syarikat Perniagaan Zaiyah menceritakan bahawa kawasan Lebuh India dianugerahkan oleh pemerintah Borneo ketika itu, Rajah Putih kepada pedagang India Muslim yang tiba ke Sarawak.

Menurutnya, kumpulan India Muslim itu kemudiannya membina sebuah surau dan di sekelilingnya pula dibina deretan bangunan kedai untuk aktiviti kaum tersebut.

''Para pedagang itu pula akan membayar sewa kepada surau, di atas penggunaan bangunan-bangunan kedai di sini sehingga sekarang.

''Lama-kelamaan, kawasan yang mulanya sunyi menjadi semakin meriah dari tahun ke tahun ekoran penduduk dari seluruh Sarawak bertumpu ke Lebuh India untuk 'shopping' zaman dahulu," katanya.

Asyha memberitahu, jika berada pada zaman itu, gambaran mengenai Lebuh India ketika itu boleh dibayangkan dengan Sungai Sarawak penuh dengan perahu, bot dan kapal dari seluruh Sarawak yang berlabuh di situ semata-mata untuk membeli-belah di sini.

Malah katanya, ada yang sanggup bermalam dua atau tiga hari di dalam perahu atau bot masing-masing untuk membeli belah keesokannya bahkan keadaan Lebuh India semakin sesak jika berlangsungnya kejohanan regata di Sungai Sarawak.

''Begitulah sedikit gambaran mengenai suasana dan pemandangan Lebuh India pada zaman-zaman dahulu dan kami anak-anak kecil pada masa itu sungguh teruja dengan kehadiran orang ramai ke sini.

''Perniagaan di Lebuh India ini juga diwarisi secara turun temurun oleh generasi seterusnya termasuk saya sendiri yang mewarisinya daripada ayah," katanya.

Posted by tajau singa raja
Tuesday, October 28, 2008 at 9:05 AM | 0 comments  
Isu buli yang dibangkitkan oleh Ketua Perhubungan PRS Baleh Baginda Minda, adalah tidak wajar sama sekali. Dengan membangkitkan isu tersebut di Malaysiakini dilihat sebagai keputusan yang kurang bijak. Kesepakatan komponen BN Sarawak yang dianggotai PBB, SUPP, SPDP dan PRS sendiri sangat kuat dan sebarang kemuskilan akan diselesaikan secara bersama.
Penjelasan yang dibuat oleh Presiden Parti PRS Dato Seri James Masing menyatakan isu yang dibangkitkan oleh Baginda bukan penyataan dari beliau mahupun parti PRS dan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut kecuali setelah dimaklumkan oleh pihak Borneo Post. Menurut beliau lagi pihak Parti akan melakukan siasatan secepat mungkin.
Jangan hanya siasatan, tindakan tegas harus diberikan kepada individu yang berlagak hero seperti ini, kerana ia boleh merosakkan perpaduan parti komponen BN. Adalah baik jangan bercakap jika tidak faham jangan berlagak pandai sekiranya kita kurang pengetahuan.
Posted by tajau singa raja
KOTA TINGGI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, meminta semua pihak terutama pemimpin politik dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perdebatan serta perbincangan mengenai perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum tertentu.

Beliau berkata, semua pihak perlu berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan tidak mempertikaikan perkara sudah ditetapkan, termasuk berkaitan kontrak sosial, kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Selain itu, katanya, soal untuk menentukan siapa bersalah atau tidak dan siapa perlu ditahan, termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan tugas orang politik sebaliknya semua itu sudah ditetapkan dalam perlembagaan.
"Dasar kita dalam ISA bukannya menahan untuk menghukum, tetapi untuk memulihkan supaya individu itu boleh menyumbang kepada pembinaan masyarakat bukan meruntuhkan perpaduan dan keharmonian negara.

"Saya bukan sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk menahan mana-mana individu berasaskan kemarahan, rasa tidak puas hati,” katanya.

Berita Harian,27 okt 2008
Posted by tajau singa raja
Friday, October 24, 2008 at 2:43 PM | 1 comments  


Oleh Azman Zakaria, laporan dari Beijing

PM ambil kira perubahan terkini pimpinan MCA

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rombakan Kabinet mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan perubahan kepada pucuk kepemimpinan dalam MCA selepas pemilihan parti itu minggu lalu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat, perlu berjumpa dengannya untuk memaklumkan sebarang cadangan perubahan wakil parti itu dalam Kabinet yang mahu dilakukan.

Katanya, sudah semestinya Ong akan menemui beliau selepas memegang jawatan Presiden parti itu.

"(Rombakan Kabinet) mungkin berlaku tapi Ong sebagai Presiden MCA kena jumpa saya dulu. Jika dia mahu buat perubahan dia kena maklumkan kepada saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Perwakilan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) di sini semalam.

Perdana Menteri berada di sini untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) Ketujuh, yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

Pada pemilihan pucuk pimpinan MCA, 18 Oktober lalu, Ong yang juga Menteri Pengangkutan dipilih sebagai Presiden menewaskan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dalam pertandingan satu lawan satu.

Presiden MCA sebelumnya, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatan. Bagaimanapun keputusan yang mengejutkan beberapa pihak ialah kemenangan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk jawatan Timbalan Presiden yang memperoleh 1,115 undi mengalahkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi).

Empat kerusi Naib Presiden menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha mendahului senarai dengan 1,798 undi; diikuti Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai (1,725); Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen (1,659) dan Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor, Tan Kok Hong (1,329).

Ketika ditanya sama ada Ong sudah menetapkan tarikh bertemunya, Abdullah berkata, sehingga kini belum lagi.

"Saya ke sini (untuk menghadiri Mesyuarat Asem)... dia pun sibuk, saya pasti apabila pulang nanti (dia akan bertemu saya)," katanya.

Ditanya mengenai kemenangan Dr Chua dan sama ada wujud kemungkinan beliau akan dilantik menganggotai Kabinet jika berlaku rombakan, beliau berkata: "Pada waktu ini, saya tak dapat beri apa-apa pandangan kerana perlu mendengar pendapat Ong mengenai perkara itu."

Ketika ditanya sama ada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan Mac tahun depan akan dibawa kepada Disember ini, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata: "Apa yang sudah diputuskan mengenai peralihan kuasa tetap pada Mac tahun depan seperti dipersetujui."

Posted by tajau singa raja
Sempadan negeri Sarawak begitu panjang dan tidak boleh dikawal oleh penguatkuasa. Saya meminta kementerian pertimbangkan semula membina tembok di sempadan itu tapi kementerian kata kosnya mahal, duit tak mencukupi.

Kementerian Dalam Negeri perlu memperhalusi perkara tersebut memandangkan telah banyak wujud "Lorong Tikus" di kawasan sempadan khususnya di Sarawak yang membolehkan aktiviti penyeludupan senjata api dan mencegah kemasukan penjenayah begitu juga PATI berleluasa ke negeri Sarawak.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN Bintulu)
Utusan Borneo Khamis, 23 Okt 2008


Posted by tajau singa raja
Jeti terpanjang bernilai RM 1 juta bakal mengubah wajah tasik Batang Ai. Jeti yang bakal dibina akhir tahun ini mampu melonjak naik nama nama Batang Ai dan Lubok Antu amnya. Menurut Yang Berhormat Tuan William Nyallau, Ahli Parlimen Lubok Antu,
Projek tersebut telah diluluskan dalam RM ke-9 ditangguhkan dan beliau dimaklumkan pada persidangan parlimen baru-baru ini mengenai kelulusan semula projek tersebut oleh kerajaan pusat, apabila menjawap usul yang dikemukakan oleh peliau pada sidang parlimen tersebut.

Utusan Borneo, Khamis 23 Okt 2008

Ini membuktikan kerajaan sentiasa peka kepada pembangunan di kawasan luar bandar dan dari masa ke semasa menimbang projek-projek yang mampu dan berupaya meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Batang Ai tidak ketinggalan dari lonjakan pembangunan yang dicanang oleh kerajaan BN.

Posted by tajau singa raja
Tuesday, October 21, 2008 at 11:10 AM | 0 comments  
Report on sexual abuse and rape of Penan woman are sweeping statements which do not reflect the bigger picture on the ground. Let police complete their investigation and the law take its course.

Long Kawi, with a population of some 200, is about eight hours drive by 4-WD vehical through logging road from Miri and 2 hours from the nearest bazar of Long Lama.

I don't know of any 16 year-old girl from my village who has been disturb and raped by timber camp workers.- Satuk Lawai, Penan Chief of Long Kawi.

I have travelled to at least 15 Penan settlements by land, meet their leaders who asked for development projects but they never brought up such issue (Report on sexual abuse and rape of Penan woman) during our meeting. - Lihan Jok, Telang Usan assemblyment.

the SUNDAY POST, October 19 2008
Posted by tajau singa raja

JOHOR BAHRU 19 Okt. - Semua pemimpin dan ahli dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak membincangkan sebarang perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara secara terbuka demi menjaga kestabilan kaum.

Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar berkata, isu Perlembagaan termasuk kontrak sosial yang sering dibangkitkan sejak akhir-akhir ini dikhuatiri akan membawa polemik besar sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat.

Oleh HAMDAN TAWADI, Utusan Malaysia 20 Okt 2008

Ramai ahli-ahli politik terutamanya pihak pembangkang cuba mengapi-apikan isu perkauman, ini kerana mereka sudah habis modal dalam berpolitik, untuk mempastikan mereka diberi perhatian oleh penyokong masing-masing mereka sedaya upaya menyuarakan pendapat tanpa mengira kesan negatif kepada persekitaran masyarakat, ada yang cuba mempersoalkan kontrak sosial wahal mereka tak tahu menahu mengenai perkara sebenar atau sejarah. Masyarakat malaysia yang sudah maju dan boleh berfikir jangan mudah terpengaruh dengan sebarang penyataan yang menjurus kepada situasi menghasut.
Pertahankan keamanan negara kekalkan keharmonian yang ada dan sama-sama kita sangkal perbuatan yang menjurus kepada kehancuran perpaduan kaum yang kita nikmati sekarang.
Parti komponen BN bersatulah demi menguatkan kerajaan Malaysia negara kita.
Posted by tajau singa raja
Negara Malaysia memang tidak dinafikan banyak melahirkan golongan cerdik pandai, yang turut menyumbang kepada pembangunan yang kita kecapi hingga kini. Apa yang menyedihkan semenjak kebelakangan ini ada pihak-pihak yang cuba masuk campur ke dalam perihal pentadbiran negara dan parti dengan mengemukakan kritikan yang tidak pandai habis dan kita tidak tahu sampai bila perbuatan ini dihentikan.
Kritikan jikalau membina adalah diterima tetapi kritikan menjurus kepada peribadi individu tertentu, seakan-akan menguji tahap kesabaran seseorang. Golongan seperti ini berangapan seolah-olah merekalah yang terbaik dan tiada tandingan, terlintas di fikiran adakah mereka ini dilahirkan hanya untuk mengutuk orang tanpa berfikir impak dan kesan yang akan mendatang. Ataupun mereka sudah tidak kisah kerana faktor usia biarlah generasi baru merasa akan kesannya. Pihak seperti ini yang terlampau mengagungkan diri sendiri tanpa memberi peluang dan ruang kepada pihak lain kalau dibiarkan akan memberi kesan yang menjurus kepada kemusnahan sistem pentadbiran negara.

Posted by tajau singa raja
Masalah kebakaran rumah panjang sering kali berlaku dan akibatnya kerugian dan kemusnahan harta benda mencecah ribuan ringgit atau mungkin lebih kepada mangsa itu sendiri.
Bagaimana cara mengatasi? Adakah cukup dengan ceramah-ceramah yang dikelolakan jabatan keselamatan dan beberapa alat kelengkapan untuk mengawal kebakaran yang dibekalkan?
Rasanya tidak, berdasarkan kes-kes kebakaran rumah panjang masih terus berlaku walaupun di anjurkan beberapa ceramah.
Gesaan kepada Cerdik Pandai Dayak agar tampil ke hadapan untuk menyumbang idea mengatasi masalah utama yang memusnahkan harta pusaka yang telah dikumpul semenjak zaman nenek moyang lagi kalau dalam bahasa Iban masalah kebakaran yang menimpa biasa dikenali dengan istilah "Karam Di Darat"....kalau tak silap. Mungkin boleh diadakan satu sistem memadam api secara automatik jika kebakaran berlaku seperti yang dibina di pejabat-pejabat kerajaan dan pusat beli belah atau alat pengesan awal kebakaran dilengkapkan di setiap bilik di rumah panjang.
Baru-baru ini berlaku kebakaran rumah panjang di Sri Aman, beberapa bulan yang lepas di bahagian Lubok Antu.
Walaupun mungkin wujud kekangan dari aspek kos tapi mungkin ada cara yang sesuai ayuh sama kita fikirkan..................................
Posted by tajau singa raja
Pengumuman Pengunduran Pak Lah pada Mac 2009 menunjukkan plan peralihan kuasa memang akan berlaku dan sedang dalam proses ke arah tersebut. Dalam masa yang sama beliau menyatakan hasrat untuk tidak mengekalkan jawatan presiden UMNO pada pertandingan parti Mac tahun 2009.
Penyatuan semula UMNO dengan keterbukaan dalam pemilihan MT pada Mac akan datang amat dituntut oleh semua pihak untuk kesejahteraan UMNO.
Bakal PM Malaysia yang baru Datuk Seri Najib diharap agar dapat mengembalikan sokongan masyarakat Malaysia kepada BN dan semua parti komponen di seluruh Malaysia tidak terkecuali negeri SARAWAK dan SABAH di harap plan peralihan kuasa turut memberi manafaat kepada masyarakat SARAWAK dan SABAH yang mana masih haus kepada arus pembangunan dan kemudahan asas yang utama seperti dihubungkan dengan jalan raya sempurna, elektrik 24 jam dan bekalan air bersih... walaupun sedar ia memakan masa yang agak lama tapi diharap dipercepatkanlah.....
Posted by tajau singa raja
Pada 7 Okt 2008 semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Betong anjuran Pejabat Residen yang mana turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak serta Isteri, Timbalan ketua Menteri serta Isteri dan Menteri-Menteri kabinet serta Yang Berhormat kawasan, boleh tahan ramai juga yang hadir terdiri dari kakitangan kerajaan, ketua masyarakat dan yang paling ramai masyarakat pelbagai kaum sekitar Betong dan Saratok perpaduan kaum masih jelas segar kelihatan tanpa mengira bangsa melayu, iban, bidayuh dan suku kaum orang ulu masing-masing berbicara dan bertegur sapa.
Amanat KM amat jelas beliau menegaskan ada pihak yang sedang aktif memburuk-burukkan kerajaan negeri dan masyarakat harus berwaspada dengan golongan ini, jangan terpedaya dengan tipu muslihat isu-isu yang dimainkan oleh pihak ini.
Mereka sentiasa berusaha mengaburi mata rakyat dengan memburukkan agenda pembangunan kerajaan, oleh yang demikian beliau dengan tegas menyeru agar masyarakat setegas-tegasnya menolak pihak ini. Penyataan beliau ada asasnya melihat kepada insiden yang berlaku di semenanjung, jangan menidakkan ia tidak akan berlaku di Sarawak, kita harus bersedia dengan persekitaran politik tersebut...
Yang Berhormat kawasan harus bersedia dengan perancangan strategi politik yang jitu dan mantap dan yang diterima oleh masyarakat.....
Posted by tajau singa raja
Tidak wujud kepentingan diri, menghormati pandangan orang ramai, mengutamakan perpaduan dalam parti, melihat kembali pencapaian Pak Lah, ya memang beliau mewarisi kerajaan yang sempurna dari Tun Mahathir tetapi jangan lupa Pak Lah merupakan orang lama dalam politik tanah air yang selama ini turut menyumbang dan mencanang kepada pembangunan negara.
Pengunduran Pak Lah merupakan satu kejutan kepada semua pihak tapi tidak kurang juga yang berpesta gembira, tetapi lihatlah dan amatilah sikap Pak Lah keterbukaan beliau ditunjukkan sehingga ke pengumuman tempoh pengunduran diri, adakah pemimpin yang lain berani berbuat sedemikian.....kalau adapun masih ada yang asyik mengutuk dan merosakkan parti tapi menuduh orang lain yang melakukannya........pikir lah sendiri.
Hidup Pak Lah!!!!!!!
Posted by tajau singa raja
Kecoh............kecoh lagi
Laporan Akhbar The Sun mengenai anak gadis penan menjadi mangsa rogol sampai ada yang melahirkan anak luar nikah menjadi persoalan dan diselubungi penuh tanda tanya?
Mengapa tiada laporan dibuat kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan. Manakala media yang menyiarkan kisah penderaan seksual gadis penan berpusat di Switzerland mendakwa 2 buah syarikat pembalakkan melakukan keganasan seksual di beberapa penempatan sekitar tempat operasi mereka.
Bruno Manser Foundation (BMF) sebuah badan bukan kerajaan, melalui sebuah saluran media mendakwa berlakunya penderaan seksual membabitkan wanita dan pelajar perempuan kaum penan. BMF ini memang terkenal dengan artikal-artikal yang mengaitkan Negeri Sarawak dan seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan dan memburuk-burukkan kerajaan negeri Sarawak sejak dari dulu lagi Bruno mendakwa Kerajaan Sarawak melakukan pemusnahan terhadap kediaman kaum asli Sarawak, kemudian membuat penyataan pemusnahan habitat orang Utan, kemudian mambantah pembinaan Empangan Bakun.
Masyarakat jangan cepat memberikan penilaian dan keputusan mengenai penyataan Bruno Manser tersebut siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis, sekiranya benar hukuman yang setimpal harus dikenakan, tiada sesiapa yang akan terkecuali dari tindakan undang-undang di negara kita Malaysia. Pihak kerajaan Negeri sudah membuat penyataan akan turun padang dan akan bertemu sendiri dengan masyarakat Penan tersebut.
Malahan pasukan petugas telah ditubuh bagi menyiasat dakwaan tersebut, sekiranya memang benar berlaku pendedahan akan tetap dibuat dengan seberapa segera perkara ini turut diakui oleh pemimpin tertinggi komponen BN Sarawak.
Posted by tajau singa raja
takala semangat kemeriahan menyambut raya sudah berlalu, sekarang semangat kembali bekerja sudah berapi-api, malah semakin bersemangat itulah yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO semangat yang semakin tinggi untuk menstabilkan kembali parti dan mengembalikan sokongan rakyat harus dipuji.
Kesungguhan ini terbukti apabila semakin ramai yang menawarkan diri untuk bertanding Mac tahun depan, tetapi adakah perkara ini melambangkan politik sihat dalam UMNO tidakkah perkara ini akan menambahkan lagi kecelaruan dalam politik UMNO tidakkah perkara ini akan mengundang perpecahan lagi????????
Bukan apa takut ada pihak mengambil kesempaatan tapi amalan Demokrasi harus diteruskan terserlahlah kepada akar umbi.............kalau untuk politik sihat tu takapalah selamat berjaya...
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates