KUALA LUMPUR 17 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa misi terakhir sebelum beliau meletak jawatan adalah untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di negara pelbagai etnik ini.
Perdana Menteri menjelaskan, keadaan ekonomi dan jurang yang semakin lebar antara penduduk berbangsa Melayu dengan penduduk Cina dan India adalah ancaman terbesar Malaysia.
"Oleh kerana saya akan bersara lebih awal daripada apa yang dirancangkan, pembaharuan perlu dibuat dengan cepat," kata Abdullah kepada AP di sini.
Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.
Beliau bersetuju meletak jawatan lebih awal selepas berdepan dengan rasa tidak puas hati anggota UMNO ekoran kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.
"Saya sedang berfikir tentang cara untuk mengawal isu hubungan kaum dan isu ketegangan agama kerana banyak perkara yang sedang berlaku.
"Mereka beragama Islam mempunyai perspektif tersendiri sementara penduduk bukan Islam pula mempunyai perspektif berbeza," kata Abdullah lagi.
utusan malaysia 18 dis 2008
Posted by tajau singa raja
PUTRAJAYA 17 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak sama sekali cakap-cakap bahawa pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008 yang dilihat begitu tergesa-gesa sebelum beliau melepaskan jawatan Mac depan, mempunyai muslihat tertentu.
Dalam pertemuan dengan sebuah akhbar dalam talian, Agendadaily di kediamannya di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur semalam, Perdana Menteri menepis desas desus itu termasuk di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri.
Bagi Abdullah, usaha untuk menambahbaik dua institusi berkenaan adalah janji kerajaan pada pilihan raya umum 2004.
''Buat rumah elok, tiang mesti kuat." katanya yang jelas menunjukkan beliau mahu Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh memberi keyakinan dan keselesaan kepada rakyat, pelabur mahupun peniaga pada masa depan.
Pada masa yang sama, beliau mahu memperbetulkan persepsi kononnya bidang pencegahan rasuah dan kehakiman di negara ini kurang berwibawa.
Dalam pertemuan itu, Abdullah lebih mempersoalkan sikap Ahli Parlimen pembangkang yang membuang masa ketika membahaskan rang undang-undang itu dengan bercakap perkara-perkara lama.
''Pembangkang buang masa, mereka patut cakap terus apa yang setuju, tak setuju dengan rang undang-undang ini. Bagi tau pindaan, sokong atau tidak. Bukan bercakap benda-benda lama berulang kali," kata beliau yang melihat perbahasan itu banyak menimbulkan perkara yang negatif.
''Kalau anggap rasuah tak baik, sokonglah SPRM kenapa nak cakap orang tu korup, orang ni salah guna kuasa," katanya.
Abdullah menjelaskan, reformasi itu adalah bentuk modal insan melalui pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan manusia bermoral dan berilmu.
Beliau berkata, SPRM merupakan tambah nilai pada undang-undang atau peraturan sedia ada.
''Macam ini, baru boleh maju. Macam orang bisnes, kena tambah nilai, baru ada peningkatan dan kejayaan," katanya.
utusan malaysia 18 Dis 2008
Posted by tajau singa raja
SRI AMAN 17 Dis. - Persatuan Wanita Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Tarian Ngajat dalam usaha memelihara dan memastikan kesinambungan budaya kaum Iban di kalangan generasi muda dapat diteruskan.
Pengerusi SIDS, Roselyn Abunawas berkata, salah satu objektif kursus itu diadakan adalah untuk menanamkan semangat cintakan budaya dan adat resam warisan di kalangan generasi muda.
Menurutnya, dengan adanya kursus seumpama itu, pihaknya secara tidak langsung dapat mempertahankan tarian ngajat di kalangan generasi muda pada masa ini agar ia dapat diperkembangkan.
''Kita mahu warisan tarian ngajat ini kelak dapat diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya pada masa akan datang," katanya di sini hari ini.
Seramai 21 orang peserta wanita telah menamatkan Kursus Tarian Ngajat yang diadakan bertempat di Rumah Dayak, Sri Aman baru-baru ini.
Selain Kursus Tarian Ngajat, SIDS turut menganjurkan Kursus Betaboh yang melibatkan 10 peserta.
Dalam pada itu, Roselyn menasihatkan generasi muda supaya tidak terlalu taksub dengan budaya kaum dari negara lain sehingga bertungkus lumus mempelajarinya malah diterapkan dalam aktiviti harian masing-masing.
Katanya, sifat terlalu taksub terhadap budaya kaum dari negara lain boleh menyebabkan mereka lupa mengenai warisan ibunda dan ia mampu menyebabkan budaya sendiri lenyap.
''Tarian poco-poco adalah tarian budaya kaum dari luar negara dan mempelajarinya tidak salah asalkan tidak melupakan tarian budaya kaum kita sendiri,'' katanya.
utusan malaysia 18 dis 2008
Posted by tajau singa raja

SAMARAHAN 16 Dis. - Kerajaan negeri yakin Sarawak menjadi negara paling kaya dalam Malaysia menjelang 2030, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, hasrat itu dapat direalisasikan menerusi projek-projek yang dirancang dalam Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

Menerusi SCORE ujarnya, kerajaan negeri menerima modal pelaburan sebanyak RM300 bilion dan wilayah pembangunan itu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini dalam meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

''Saya mempunyai cita-cita dan sanggup bekerja kuat untuk memastikan Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju serta kaya menerusi pelaksanaan Score ini.

''Menerusi SORE juga akan membolehkan kita memperoleh pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing sama ada menjadi jurutera, penyelidik, geologi, guru dan profesional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia Peringkat Bahagian Sri Aman serta melancarkan buku bertajuk 'Samarahan - Dari Kampung Terpencil Ke Desa Ilmu' di Dewan Suarah, Kota Samarahan di sini hari ini.

Abdul Taib menegaskan, peluang yang terdapat di SCORE adalah lebih besar berbanding rungutan atau ketidakpuasan segelintir pihak yang sudah pasti tidak mahu melihat kejayaan pembangunan tersebut.

Katanya, pembangunan SCORE memberi banyak kebaikan berbanding keburukan dan rakyat perlu melihat kebaikan yang diperoleh di negeri ini secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat terus mempertahankan semua kebaikan tersebut dengan terus memelihara ketenteraman dan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak.

''Jangan kita terlalu menurut tuntutan soal remeh temeh, kecil serta hasutan mengenai perkara-perkara peribadi kerana ia sudah pasti akan membantutkan kemajuan dan pembangunan rakyat dan negeri ini.

''Kita yakin menjelang tahun 2030, Sarawak akan menjadi sebuah negeri maju berasaskan industri yang dijelmakan menerusi pembangunan di SCORE," ujarnya.

utusan malaysia, 17 dis 08

Posted by tajau singa raja

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

petrol price reduction from rm 1 90 to rm 1 80 151208Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Posted by tajau singa raja

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertujuan untuk memastikan fungsi Badan Pencegah Rasuah (BPR) di negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih adil berdasarkan pada kaedah semak dan seimbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah-langkah tersebut akan dilaksanakan tanpa menjejaskan elemen kebebasan untuk bertindak pada agensi pencegahan rasuah.

Beliau berkata, LPPR yang diperuntukkan dalam fasal 13 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mirip Jawatankuasa Penasihat Rasuah di bawah Suruhanjaya Bebas Pembanterasan Rasuah (ICAC) Hong Kong.

''Ia akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tujuh individu yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan turut dianggotai oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai ex-officio," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang SPRM 2008 untuk bacaan kali kedua pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, SPRM diwujudkan ekoran pelbagai tanggapan terhadap BPR termasuk didakwa tidak bebas dalam menjalankan fungsi mereka dan meletakkan BPR di bawah tanggungjawab pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM), seolah-olah ia menyokong hujah pihak tertentu bahawa kebebasan BPR untuk bertindak disekat.

''Terdapat juga tanggapan di kalangan masyarakat bahawa penguatkuasaan undang-undang rasuah dilaksanakan secara terpilih di mana kebanyakan tindakan BPR dikatakan hanya melibatkan golongan 'ikan bilis' manakala 'ikan jerung' dibiarkan terlepas," ujarnya.

Beliau memberitahu, BPR turut dilihat sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang tidak dinamik, berwibawa, efektif dan hanya menerima arahan daripada pihak 'atas' sahaja.

Katanya, persepsi dan tanggapan sedemikian menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti BPR khususnya dan kerajaan amnya.

Oleh demikian, beliau berkata, langkah-langkah tambahan diambil termasuk penubuhan SPRM untuk mengikis persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kewibawaan BPR bagi mengembalikan keyakinan semua pihak terhadap kesungguhan dan keikhlasan bagi membanteras jenayah rasuah.

utusan malaysia 16 Disember 2008

Posted by tajau singa raja

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak tujuh sen dan bonus 1.75 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2008, menjadikan pulangan keseluruhan 8.75 sen seunit.

Jumlah pengagihan pendapatan ASB adalah lebih rendah berbanding tahun lalu yang berjumlah lapan sen tetapi pembayaran bonus, sebaliknya meningkat 0.75 sen seunit daripada satu sen sebelumnya.

Posted by tajau singa raja
Thursday, December 11, 2008 at 9:17 AM | 0 comments  
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membentangkan di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 – mengotakan apa yang dijanjikannya untuk membawa pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.
INTIPATI RANG UNDANG-UNDANG
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
*Ia dibentangkan bertujuan mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman negara.
*Di bawah peruntukan tersebut, Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan itu dengan mengambil kira keperluan mempertahankannya dan badan kehakiman mempunyai sokongan yang perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsi serta peranannya.
*Sekiranya diluluskan, rang undang-undang itu akan membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang berfungsi memilih hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
Suruhanjaya Cegah Rasuah
* Matlamat utama adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.
* Rang undang-undang itu memberi perlindungan penuh kepada pemberi maklumat rasuah.
* Di bawah Seksyen 65 rang undang-undang tersebut, sebarang aduan yang diterima oleh Suruhanjaya berhubung kegiatan rasuah, maklumat mengenainya dan identiti sumber hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan dan pemberi maklumat itu.
* Seksyen itu menyatakan bahawa segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti pemberi dan hal lain yang berkaitan tidak boleh didedahkan atau diperintah supaya didedahkan dalam sebarang prosiding mahkamah, tribunal atau kepada pihak berkuasa lain.
utusan malaysia 11 Dis 2008
Posted by tajau singa raja
Wednesday, December 10, 2008 at 8:36 AM | 0 comments  
KUCHING 9 Dis. - Penduduk Sarawak terutama yang beragama Islam perlu menghayati semangat ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi menanam sifat saling membantu dan bekerjasama sesama saudara Islam.
Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa yang sama, menerusi ibadah korban ini penduduk perlu mengukuhkan lagi perpaduan serta menanamkan sikap toleransi dengan pelbagai kaum di negara ini.
Menurutnya, semangat toleransi yang dimiliki oleh rakyat di negara ini membolehkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melaksanakan kegiatan masing-masing sama ada keagamaan atau sosial dengan aman dan tenteram.
''Semangat toleransi adalah satu pengorbanan dan kita bertuah tinggal di negara ini kerana pelbagai kaum dan agama saling mempunyai semangat tersebut hingga membolehkan kita melaksanakan ibadah korban dalam keadaan yang baik.
utusan malaysia 10 Dis 2008
Posted by tajau singa raja
KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan menetapkan sasaran membaik pulih 30,000 rumah milik rakyat termiskin di negara ini dalam tempoh dua tahun bermula tahun depan, menerusi Program Amal Jariah (PAJ).
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta bagi membiayai projek itu tahun depan dan berharap sektor swasta dapat memberi sumbangan tambahan RM100 juta lagi untuk memastikan sasaran 30,000 rumah terbabit berjaya dilaksanakan.
"Saya kena bagi penghargaan kepada Perdana Menteri kerana projek ini hasil idea beliau yang meluluskan dana RM50 juta pada tahun ini, bagi membaik pulih 8,400 rumah golongan miskin. "Peruntukan itu ditambah RM100 juta tahun depan untuk membaiki 15,000 lagi rumah dan kita harap, sektor swasta dapat memberi tambahan RM100 juta lagi supaya jumlah yang dibaiki meningkat kepada 30,000 rumah.
Sementara itu, ketika berucap, Najib berkata, kerajaan memahami kesusahan dialami rakyat miskin yang tinggal di rumah uzur dengan atap bocor dan lantai atau dinding yang reput dan itulah antara sebab projek PAJ dilaksanakan. "Sehingga September lalu, 8,000 rumah sudah dibaik pulih dan akhir tahun ini, jumlah yang dibaiki meningkat kepada 8,400," katanya.
berita harian 10 Dis 2008
Posted by tajau singa raja
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yakin krisis ekonomi dunia tidak akan memberi kesan serius terhadap pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).
"Krisis ekonomi dunia mungkin akan memberi kesan kepada pelaksanaan industri tertentu saja, mungkin untuk tempoh enam bulan atau setahun, tetapi saya tidak rasa ia akan memberi impak besar kepada Score," katanya.
Taib optimis dengan perkara itu kerana semua kerajaan sama ada di negara maju, mahupun di negara membangun, sudah mengambil segala langkah perlu bagi meminimumkan kesan krisis ekonomi dunia. Malah katanya, kerajaan Malaysia turut mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 bilion baru-baru ini bertujuan mengukuhkan daya tahan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.
Berita Harian
Posted by tajau singa raja
KUCHING: Sebuah lagi kem angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diwujudkan di negeri ini, berpangkalan di Bintulu, tidak lama lagi.
Panglima Divisyen Pertama Infantri, Datuk Mazelan Kasap, berkata kawasan tapak kem baru itu sudah dikenal pasti, namun cadangan itu masih pada peringkat perancangan pembinaan.
"Kita akan mempunyai sebuah lagi kem tentera di Bintulu, tetapi belum diputuskan bila akan bermula, namun tapaknya terletak di laluan jalan raya menuju Miri," katanya kepada wartawan selepas merasmikan majlis korban di perkarangan Masjid Solahuddin Ai-Ayyubi Kem Penrissen, di sini semalam.
berita harian 09 Dis 2008
Posted by tajau singa raja

LUBOK ANTU 30 Nov. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 200 permohonan bagi mendapatkan sijil kelahiran manakala 20 lagi bagi MyKad sepanjang lima hari pelaksanaan Operasi Bersepadu Bersama JPN di beberapa kawasan di daerah ini.

Operasi yang berakhir pada Jumaat lalu, diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Delok pada 24 November, SK Nanga Tibu (25 November), Gerai Majlis Daerah Lubok Antu di Batang Ai (26 November) dan Kompleks Sukan Daerah Lubok Antu (27 dan 28 November).

Ketua Unit Khas Bergerak Operasi Bersepadu Bersama JPN, Faradilah Abdullah berkata, daerah Lubok Antu merupakan lokasi pertama operasi ini dilaksanakan dan selepas ini operasi yang sama akan diadakan di Bario dan Long Singu.

''JPN menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk dan semua pemohon telah memberi kerjasama yang baik sepanjang operasi itu dijalankan," katanya di sini semalam.

Operasi kali ini melibatkan penyertaan daripada beberapa agensi seperti Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) polis, mahkamah, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain.

Faradilah berkata, beliau menasihatkan penduduk yang belum mempunyai MyKad supaya memberi maklumat tepat ketika ditemuduga pegawai JPN bagi melancarkan urusan permohonan mereka.

Katanya, maklumat yang betul dari pemohon semasa membuat permohonan amat diperlukan bagi memudahkan urusan JPN.

Posted by tajau singa raja

BARAM 30 Nov. - Pemimpin masyarakat di daerah Baram boleh memainkan peranan penting bagi menyelesaikan masalah penduduk yang tidak memiliki status anak negeri di luar bandar, kata Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan.

Katanya, sebagai pemimpin peringkat akar umbi yang dilantik kerajaan, mereka amat rapat dengan rakyat dan sepatutnya mengetahui latar belakang penduduk di kawasan masing-masing.

Jacob Dungau, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian pada majlis bagi meraikan pelantikan Penghulu Jalong Tanyit baru-baru ini sebagai pemimpin masyarakat Orang Ulu di Long Mekaba di sini malam tadi.

Katanya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu menerima pengesahan para pemimpin masyarakat dalam urusan permohonan kad pengenalan bagi tujuan pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada penduduk terbabit.

Jacob Dungau turut meminta pemimpin masyarakat sentiasa mengemaskini rekod penduduk di kawasan masing-masing bagi membantu JPN dalam urusan pendaftaran penduduk.

utusan malaysia 01 Dis 2008

Posted by tajau singa raja

PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memastikan harga barang makanan yang diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak mesti merupakan barangan yang digunakan rakyat setiap hari.

Dalam nada kesal, Perdana Menteri berkata, peniaga kebiasaannya begitu liat malah lewat untuk menurunkan harga barang pada setiap kali harga minyak diturunkan tetapi begitu cepat pula tanpa disuruh menaikkan harga apabila harga minyak naik.

utusan malaysia 01 Dis 2008
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates