Thursday, February 12, 2009 at 7:06 AM |  

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan sebanyak 32 peratus hingga 35 peratus mulai 1 Mac ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berkata, pengurangan harga gas sebanyak RM7.06 hingga RM8.53 itu dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan industri-industri berkenaan dan khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

"Secara keseluruhan, langkah ini akan meningkatkan daya saing dan seterusnya menyumbangkan kepada usaha pemulihan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amirsham berkata, harga gas yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (Petronas) untuk sektor elektrik akan dikurangkan kepada RM10.70/million British thermal Unit (MMBtu) daripada RM 14.31/MMBtu.

"Harga gas yang dibekalkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd bagi sektor industri dan pelanggan lain yang menggunakan gas kurang daripada dua juta kaki padu sehari (mmscfd) dikurangkan daripada RM22.06/MMBtu kepada RM15/MMBtu.

"Manakala harga gas untuk sektor industri yang pengunaan gas melebihi dua mmscfd dikurangkan daripada RM23.88 MMBtu kepada RM15.35/MMBtu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut memutuskan harga gas akan disemak semula dua kali setahun pada 1 Jan dan 1 Julai setiap tahun dan diskaun harga gas itu hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia. - BERNAMA


Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates