Wednesday, February 11, 2009 at 10:25 AM |  

PUTRAJAYA 10 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pegawai awam muda mencontohi kakitangan kerajaan pada zaman awal kemerdekaan yang menjadi tenaga penggerak utama dalam membantu pemimpin rakyat membangunkan negara.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam ketika itu begitu bersemangat melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun jumlah mereka yang mempunyai kelulusan tinggi tidak seramai sekarang.

Beliau yang berkongsi pengalaman selama 45 tahun dalam sektor awam dan politik berkata, kesungguhan kakitangan awam memajukan bidang pendidikan membolehkan usaha mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada golongan ekspatriat berjaya dilakukan dengan cepat.

"Selepas itu, kita melaksanakan proses pemodenan bidang pentadbiran awam dengan menggunakan sepenuhnya tenaga anak-anak tempatan.

"Mereka telah dapat lakukan program-program dalam pelbagai bidang, semua digerakkan oleh pegawai tadbir kerajaan dengan disokong oleh pemimpin rakyat," katanya.

Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates