MERDEKA !
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!MERDEKA!
MERDEKA!

Kepada semua rakyat Malaysia salam Kemerdekaan dan Salam 1Malaysia, Saya bangga lahir di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia......Terima kasih Malaysia.
Posted by tajau singa raja
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kekurangan pengalaman untuk memerintah menjadi punca pakatan pembangkang tidak mampu membawa pembangunan mengikut selera rakyat di setiap negeri yang dikuasai.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, gaya kepimpinan setiap pemimpin dalam pakatan pembangkang juga memperlihatkan perbezaan yang begitu ketara dalam misi dan perjuangan masing-masing.
Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan gaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah menunjukkan kematangan dalam menerajui negara sejak 52 tahun lalu.
''Malah, BN telah mula menyusun strategi untuk mentadbir masyarakat majmuk berbilang kaum sejak lapan tahun sebelum kemerdekaan lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat menilai sendiri kemampuan pembangkang dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasainya selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Isu tersebut timbul berikutan seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan yang disifatkan mengutamakan kepentingan politik peribadi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Mohammad Rais Zainuddin berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai asas kukuh untuk membawa negara ke arah pembangunan dan keamanan.
''Mereka hanya tahu bercakap dan memainkan emosi dalam memancing undi. Mereka mudah berjanji tetapi tidak mengotakan janji yang ditaburkan sewaktu pilihan raya,'' katanya.
Tambah beliau, sebanyak 80 manifesto dalam pilihan raya di Selangor yang lalu tidak dapat ditunaikan dengan sebaik-baiknya termasuk isu air yang kononnya diberikan secara percuma kepada rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, dasar yang diamalkan pakatan pembangkang adalah tidak sehaluan dengan pembangunan dan perkembangan Islam.
Jelasnya, dalam keadaan sekarang, rakyat boleh mengetahui parti yang benar-benar menjayakan cita-cita dakwah Islam mengikut Perlembagaan.
''Sekiranya itu tidak dapat dicapai oleh kerajaan negeri, maka mereka tidak akan dapat bertahan lama seterusnya 'tumbang' bukan sahaja di Kedah, malah di negeri-negeri lain,'' katanya.
utusan malaysia 25 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja


SRI AMAN 23 Ogos - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi membina bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu di sini.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan mengambil masa satu tahun setengah untuk disiapkan.
Menurutnya, pembinaan bangunan baru SK Lubok Antu itu penting bagi menampung keperluan pembelajaran murid-murid di kawasan berkenaan di samping mempertingkat kemudahan prasarana pendidikan sekolah tersebut.
''Selain itu, ia juga merupakan kewajipan pihak kerajaan untuk mempertingkatkan taraf pendidikan penduduk luar bandar dalam negeri ini khususnya di kawasan Lubok Antu.
''Sehubungan itu, diharap pembinaan bangunan baru terbabit akan meningkatkan pendidikan penduduk di Lubok Antu selain mencapai matlamat kerajaan untuk melahirkan golongan modal insan yang lebih cemerlang," katanya.
Beliau berucap merasmikan Majlis Kem Kecemerlangan dan Motivasi Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 di SESCO Township, Lubok Antu di sini semalam.
Nyalau turut menasihatkan para pelajar yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi agar tidak mudah berputus asa kerana mereka boleh memasuki institusi kemahiran di negara ini.
Katanya, golongan terbabit boleh menyambung pembelajaran di kebanyakan institusi kemahiran terutamanya Mara bagi merebut peluang pekerjaan sedia ada atau pada masa hadapan.
''Gagal memasuki universiti tidak bererti gagal dalam hidup memandangkan portfolio kerja sekarang banyak menjurus kepada bidang kemahiran.
''Oleh itu, saya menggesa pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran di universiti agar merebut peluang pembelajaran di institusi kemahiran yang terdapat di negeri ini demi masa depan masing-masing," ujarnya.
utusan malaysia 24 ogos 2009
Posted by tajau singa raja


ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.
PKR Padang Serai dibubar. 200 ahli bertindak keluar parti.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah hari ini untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas digugurkan daripada jawatan Exco.
Bekas ahli PKR mendakwa kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada parti itu.
Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.
Serentak dengan itu, PKR Bahagian Padang Serai turut dibubarkan setelah mendapat sokongan semua 14 ahli jawatankuasa bahagian terbabit.
Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar pada pukul 11 pagi di sebuah hotel di sini hari ini.
“Sempena Ramadan, bulan yang mulia ini, saya ingin mengumumkan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti. Tindakan saya ini disokong semua 14 ahli jawatankuasa bahagian.
“Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,” katanya.
Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.
utusan malaysia 24 ogos 2009
Posted by tajau singa raja
Tuesday, August 18, 2009 at 4:01 PM | 0 comments  

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala Pas pula diwakili Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man Mat Aji.
Penceramah motivasi, Kamal Ramizu Idris yang menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas bagaimanapun gagal menyerahkan borang pencalonan gara-gara lewat tiba di pusat penamaan calon di sini atas alasan kesesakan lalu lintas.
Rohaizat, 38, mengemukakan kertas pencalonannya pada pukul 9.03 pagi dengan dicadang oleh Abdul Majid Othman dan disokong oleh Ng Tong Hye.
Salleh Man, 52, menyerahkan borang kira-kira tiga minit kemudian. Pencalonan beliau dicadangkan Mahdi Abdullah dan disokong Shamsul Kamal Sahpie.
Nama kedua-dua calon yang sah bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir, Roslan Yahaya di pekarangan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kira-kira pukul 11.30 pagi.
Rohaizat dan Salleh disahkan bertanding bagi kerusi DUN tersebut selepas tamat tempoh waktu bantahan selama sejam bermula 10 pagi.
Sementara itu, Salleh Man tiba di pusat penamaan kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
utusan malaysia 18 ogos 2009
Posted by tajau singa raja


MIRI 17 Ogos - Penyatuan rakyat pelbagai kaum di bawah konsep 1Malaysia akan menjadi pemacu kepada negara memenuhi projek-projek pembangunan yang dirancang.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, rakyat Malaysia tidak akan ditindas sekiranya mereka bersatu di bawah semangat 1Malaysia.
"Tiada siapa pun yang boleh 'buli' kita kerana kita memang 1Malaysia. Kita berjuang demi Malaysia. Kita membangun demi Malaysia dan kita sukses demi Malaysia.
"Kita adalah satu Malaysia, satu perpaduan, satu prospek dan satu impian," katanya berucap merasmikan Kempen Menggalak Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di tempat letak kereta kompleks beli belah Boulevard semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta generasi muda untuk terus melaungkan semangat 1Malaysia kerana merekalah yang bertanggungjawab menjaga dan memacu pembangunan politik, sosial dan ekonomi rakyat dan negara.
Selain itu, generasi muda juga perlu berasa bangga dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme dan cintakan negara.
Terdahulu, Hong Nam berkata, sikap bertolak ansur, berkompromi, hormat menghormati dan saling faham memahami adalah aset utama rakyat kerana tanpanya, negara tidak akan mencapai impian dan merealisasikan Wawasan 2020.
"Pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa lampau tidak perlu kita lupakan. Perjuangan ini perlu diteruskan oleh pemimpin masa kini demi masa depan dan mengekalkan kemerdekaan ini," katanya.
Sepanjang bulan kemerdekaan ini, beliau meminta rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, pejabat kerajaan dan taman sebagai melambangkan identiti rakyat Malaysia yang cintakan negara.
utusan malaysia 18 ogos 2009
Posted by tajau singa raja
GOBALAKRISHNAN bertindak kasar terhadap polis selepas membuat kecoh di pekarangan IKBN Bukit Mertajam, semalam.
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan kerana mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Gobalakrishnan ditahan selepas mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi. Beliau juga dilihat meronta-ronta melepaskan diri apabila ditahan polis sehingga mengalami kecederaan di tangan dan tali pinggangnya tertanggal, menyebabkan seluarnya separuh terlondeh.
Difahamkan sebelum itu, Gobalakrishan dikatakan memaki polis dan cuba mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi menggunakan pembesar suara sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong.
berita harian 18 ogos 2009
Posted by tajau singa raja

Pertandingan satu lawan satu di permatang Pasir pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009. Rohaizat 38 (BN) dan Mohd Salleh 53 (PAS) masing-masing akan mengemudi parti untuk kemenangan bermaruah di Permatang Pasir.
Mohd Salleh (Kanan) and Rohaizat (Kiri)
Posted by tajau singa raja
BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) akan turun bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk memenangi kerusi itu, bukan sekadar mengurangkan majoriti undi calon Pas.

Sasaran itu berdasarkan harapan rakyat kepada kepemimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno Pulau Pinang yang dipegang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata tidak mustahil pengundi Permatang Pasir yang sudah tiga penggal menyandarkan harapan kepada Pas, berubah angin menyokong BN kali ini.
Kami (bertanding) untuk menang, bukan untuk kalah. Kami bukan mahu mengurangkan majoriti, tetapi menang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Penerangan cawangan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, malam kelmarin.

Pada pilihan raya umum lalu, calon Pas, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1999, menewaskan Ahmad Sahar Shuib daripada BN dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pengundi Permatang Pasir perlu mengambil iktibar daripada masalah yang timbul di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang.

berita harian 13 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja
KUCHING: Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah agensi untuk mentadbir keseluruhan aspek pengurusan dan pembangunan air di Sarawak, kata Menteri Muda Alam Sekitar, Dr Abang Abdul Rauf Zen.

Beliau berkata, walaupun Sarawak mempunyai undang-undang dan peraturan dalam mengurus serta melindungi sumber air, namun ada keperluan untuk menggabungkan agensi pengurusan dan pembangunan air di negeri ini.

Ketika ini ada beberapa agensi pada peringkat Persekutuan dan negeri bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Katanya, walaupun negeri ini mempunyai undang-undang dan peraturan mencukupi melindungi dan menguruskan sumber air, namun masih ada kelemahan dari segi penguatkuasaan.

"Belum ada satu agensi yang diamanahkan hanya bagi menjalankan peranan mengurus dan membangunkan sumber air negeri ini. Sebahagian agensi berkaitan hanya bertanggungjawab kepada fizikal alam sekitar, sementara yang lain pula lebih kepada tanggungjawab menguruskan sumber alam sekitar," katanya.

berita harian 13 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja

PUTRAJAYA 12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengertian patriotisme diperluaskan dengan setiap warganegara harus memiliki cakupan nilai dan perangai yang baik serta menghormati undang-undang.

Sambil meminta seluruh rakyat menginsafi nikmat kemakmuran 52 tahun kemerdekaan, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia sebenarnya bertuah kerana mendiami sebuah negara yang ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Justeru, beliau berharap makna lebih luas patriotisme itu akan meninggalkan kesan mendalam pada jiwa setiap warganegara dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini.

''Pengertian patriotisme bukan sekadar melahirkan kecintaan dan kesetiaan kental kepada negara tetapi juga menjadi warganegara yang sentiasa berperangai baik, bekerja bersungguh-sungguh serta menjaga keharmonian dan mengamalkan nilai-nilai murni.

''(Hakikatnya) tiada negara lain, mungkin ada negara lain yang merdeka tetapi jika kita rangkum segala-galanya, pada keseluruhannya tiada bumi yang lebih baik daripada Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini hari ini.

utusan malaysia 13 Ogos 2009

Posted by tajau singa raja
Saturday, August 1, 2009 at 3:25 PM | 0 comments  

Pakaian Tradisional Masyarakat Iban (Wanita)
Pakaian tradisional lambang kemegahan dan keayuan wanita Iban sejak dari dulu lagi. Pemakaian pakaian ini hanya apabila menyambut tetamu datang mengunjungi rumah panjang dan untuk persembahan tarian ngajat oleh wanita Iban. Adat resam yang perlu dipertahankan terutama pada zaman serba moden ini. Perkara ini di pandang serius oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Iban agar budaya sentiasa dikekalkan agar tidak lupus ditelan zaman. Salah satu sifat yang masih dikekalkan hingga kini adalah menghormati tetamu yang datang ke rumah. Dengan sedaya upaya mereka akan memastikan tetamu berasa selesa dan sentiasa diberikan layanan yang sebaik mungkin agar tetamu tidak "Jera" serik datang lagi. Iban dalam konsep 1Malaysia sentiasa menyokong perpaduan dikalangan semua kaum di negara Malaysia malahan bertekad untuk sama menyumbang dalam membangunkan negara Malaysia. Oleh yang demikian jangan melayan sebarang penyataan kebudak-budakkan, tidak matang dan mungkin "nanyuk" dari pihak tertentu, Ayuh kita sama memacu negara menjayakan 1Malaysia.
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates