BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) akan turun bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk memenangi kerusi itu, bukan sekadar mengurangkan majoriti undi calon Pas.

Sasaran itu berdasarkan harapan rakyat kepada kepemimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno Pulau Pinang yang dipegang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata tidak mustahil pengundi Permatang Pasir yang sudah tiga penggal menyandarkan harapan kepada Pas, berubah angin menyokong BN kali ini.
Kami (bertanding) untuk menang, bukan untuk kalah. Kami bukan mahu mengurangkan majoriti, tetapi menang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Penerangan cawangan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, malam kelmarin.

Pada pilihan raya umum lalu, calon Pas, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1999, menewaskan Ahmad Sahar Shuib daripada BN dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pengundi Permatang Pasir perlu mengambil iktibar daripada masalah yang timbul di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang.

berita harian 13 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates