Thursday, August 13, 2009 at 1:07 PM |  
KUCHING: Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah agensi untuk mentadbir keseluruhan aspek pengurusan dan pembangunan air di Sarawak, kata Menteri Muda Alam Sekitar, Dr Abang Abdul Rauf Zen.

Beliau berkata, walaupun Sarawak mempunyai undang-undang dan peraturan dalam mengurus serta melindungi sumber air, namun ada keperluan untuk menggabungkan agensi pengurusan dan pembangunan air di negeri ini.

Ketika ini ada beberapa agensi pada peringkat Persekutuan dan negeri bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Katanya, walaupun negeri ini mempunyai undang-undang dan peraturan mencukupi melindungi dan menguruskan sumber air, namun masih ada kelemahan dari segi penguatkuasaan.

"Belum ada satu agensi yang diamanahkan hanya bagi menjalankan peranan mengurus dan membangunkan sumber air negeri ini. Sebahagian agensi berkaitan hanya bertanggungjawab kepada fizikal alam sekitar, sementara yang lain pula lebih kepada tanggungjawab menguruskan sumber alam sekitar," katanya.

berita harian 13 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja

1 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Tahniah, kerajaan Serawak begitu prihatin keperluan rakyat, masih banyak penempatan rakyat yang masih belum menerim kemudahan bekalan air bersih....

Semoga rakyat Serawak menikmatinya....

August 13, 2009 at 2:06 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates