Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.


Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


RABU 06 JULAI 2011
Posted by tajau singa raja
Pintu rundingan ditutup

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka.

Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot.

Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam.

Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu.

P/S : ADUHHHHHH!!!!!!!! TUTUP JE TANGKAP TERUS

Posted by tajau singa raja

Tun Dr Mahathir berkata, beliau sudah mempelajari 8 tuntutan Bersih. Tuntutan itu bukan bermaksud sepertimana tuntutan akan tetapi mahu mengwujudkan tsunami politik kepada BN.

Melalui himpunan itu, mereka mahu kerajaan bertindak. Melalui tindakan kerajaan itu, mereka ada asas mengapi-apikan perasaan rakyat untuk membenci kerajaan, akhirnya mereka mendapat sokongan.

Tun Dr Mahathir megambil contoh perhimpunan yang sama tahun 2007, akibatnya pada PRU-12, Pembanagkang menguasai 5 negeri, dan menafikan kuasa 2/3 BN di dewan rakyat.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, keadaan serupa berlaku, apabila pemuda umno mahu mengerahkan 500 ribu ahlinya untuk tunjuk perasaan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak polis mengadakan operasi lalang dimana lebih 100 orang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin politik.

Seharusnya tindakkan pencegahan dijalankan lebih awal, tidak menunggu keadaan semakin panas seperti masa ini. Apa pun, mungkin pihak Polis ada kaedahnya tersendiri.


P/s : SAYA SOKONG TUN ISA HARUS DIGUNA PAKAI MENANGANI PERKARA INI.....


Posted by tajau singa raja
Ketika NGO menyerang Pulau Pinang dengan kekuatan 1500 orang, di Ipoh, 7000 orang anak-anak muda bekas PKR 'menyerang' bandaraya tersebut untuk memberitahu Lim Kit Siang dan DAP Perak serta Pakatan Rakyat bahawa anak-anak muda sanggup bergabung dan turun ke jalan raya berhadapan dengan Perhimpunan HARAM dengan sebarang kemungkinan.


Mat Sabu dan para pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin, anak-anak muda menyebelahi mereka. Dan sebagai tindak balas, 7000 orang anak muda membanjiri Bandaraya Ipoh untuk menunjukkan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu sebenarnya hanyalah angan-angannya sendiri!!!


7000 orang anak muda yang bermotosikal itu hanya merupakan sebahagian yang 'terlepas' masuk ke Bandaraya Ipoh kerana polis telah membuat sekatan di lima tempat. Kalau semuanya dilepaskan, besar kemungkinan IPOH akan bermandikan baju hitam dan baju merah.


Tiada sebarang perancangan yang dibuat untuk mengumpulkan 7000 orang anak muda tersebut seperti BERSIH 2.0 yang telah dirancang berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun... 7000 orang tersebut hanyalah anak-anak muda yang sedang berang dengan Perhimpunan HARAM!!!


Antara yang turut hadir dalam perarakan tersebut adalah RAHIMI OSMAN, pegawai khas Anwar Ibrahim!!!


AYUHHHHH ANAK MUDA!!! TUNJUKKAN KEPADA MAT SABU DAN PAKATAN RAKYAT, KITA SEMUA SANGGUP BERMANDI DARAH UNTUK NEGARA!!!


yesssssss !!!!!!!!!!! jangan sertai dan terjebak mainan politik jalanan pembangkang wahai anak muda kitalah pewaris negara selamatkan Malaysia negara kita dari pengkhianat


Posted by tajau singa raja


Polis terima 2193 laporan membantah Perhimpunan HARAM pihak berkuasa harus melihat perkara ini sebagai tanda masyarakat menolak perkara yang menggugat kesejahteraan negara. Pihak berkuasa gunakan ISA untuk individu yang masih akur untuk mengadakan Perhimpunan JALANAN untuk menjatuhkan kerajaan. Rakyat menyokong sebarang tindakan pihak berkuasa dalam usaha menghalang Perhimpunan HARAM ini berlaku.
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates