Tun Dr Mahathir berkata, beliau sudah mempelajari 8 tuntutan Bersih. Tuntutan itu bukan bermaksud sepertimana tuntutan akan tetapi mahu mengwujudkan tsunami politik kepada BN.

Melalui himpunan itu, mereka mahu kerajaan bertindak. Melalui tindakan kerajaan itu, mereka ada asas mengapi-apikan perasaan rakyat untuk membenci kerajaan, akhirnya mereka mendapat sokongan.

Tun Dr Mahathir megambil contoh perhimpunan yang sama tahun 2007, akibatnya pada PRU-12, Pembanagkang menguasai 5 negeri, dan menafikan kuasa 2/3 BN di dewan rakyat.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, keadaan serupa berlaku, apabila pemuda umno mahu mengerahkan 500 ribu ahlinya untuk tunjuk perasaan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak polis mengadakan operasi lalang dimana lebih 100 orang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin politik.

Seharusnya tindakkan pencegahan dijalankan lebih awal, tidak menunggu keadaan semakin panas seperti masa ini. Apa pun, mungkin pihak Polis ada kaedahnya tersendiri.


P/s : SAYA SOKONG TUN ISA HARUS DIGUNA PAKAI MENANGANI PERKARA INI.....


Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates