Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.


Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


RABU 06 JULAI 2011
Posted by tajau singa raja
Pintu rundingan ditutup

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka.

Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot.

Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam.

Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu.

P/S : ADUHHHHHH!!!!!!!! TUTUP JE TANGKAP TERUS

Posted by tajau singa raja

Tun Dr Mahathir berkata, beliau sudah mempelajari 8 tuntutan Bersih. Tuntutan itu bukan bermaksud sepertimana tuntutan akan tetapi mahu mengwujudkan tsunami politik kepada BN.

Melalui himpunan itu, mereka mahu kerajaan bertindak. Melalui tindakan kerajaan itu, mereka ada asas mengapi-apikan perasaan rakyat untuk membenci kerajaan, akhirnya mereka mendapat sokongan.

Tun Dr Mahathir megambil contoh perhimpunan yang sama tahun 2007, akibatnya pada PRU-12, Pembanagkang menguasai 5 negeri, dan menafikan kuasa 2/3 BN di dewan rakyat.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, keadaan serupa berlaku, apabila pemuda umno mahu mengerahkan 500 ribu ahlinya untuk tunjuk perasaan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak polis mengadakan operasi lalang dimana lebih 100 orang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin politik.

Seharusnya tindakkan pencegahan dijalankan lebih awal, tidak menunggu keadaan semakin panas seperti masa ini. Apa pun, mungkin pihak Polis ada kaedahnya tersendiri.


P/s : SAYA SOKONG TUN ISA HARUS DIGUNA PAKAI MENANGANI PERKARA INI.....


Posted by tajau singa raja
Ketika NGO menyerang Pulau Pinang dengan kekuatan 1500 orang, di Ipoh, 7000 orang anak-anak muda bekas PKR 'menyerang' bandaraya tersebut untuk memberitahu Lim Kit Siang dan DAP Perak serta Pakatan Rakyat bahawa anak-anak muda sanggup bergabung dan turun ke jalan raya berhadapan dengan Perhimpunan HARAM dengan sebarang kemungkinan.


Mat Sabu dan para pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin, anak-anak muda menyebelahi mereka. Dan sebagai tindak balas, 7000 orang anak muda membanjiri Bandaraya Ipoh untuk menunjukkan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu sebenarnya hanyalah angan-angannya sendiri!!!


7000 orang anak muda yang bermotosikal itu hanya merupakan sebahagian yang 'terlepas' masuk ke Bandaraya Ipoh kerana polis telah membuat sekatan di lima tempat. Kalau semuanya dilepaskan, besar kemungkinan IPOH akan bermandikan baju hitam dan baju merah.


Tiada sebarang perancangan yang dibuat untuk mengumpulkan 7000 orang anak muda tersebut seperti BERSIH 2.0 yang telah dirancang berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun... 7000 orang tersebut hanyalah anak-anak muda yang sedang berang dengan Perhimpunan HARAM!!!


Antara yang turut hadir dalam perarakan tersebut adalah RAHIMI OSMAN, pegawai khas Anwar Ibrahim!!!


AYUHHHHH ANAK MUDA!!! TUNJUKKAN KEPADA MAT SABU DAN PAKATAN RAKYAT, KITA SEMUA SANGGUP BERMANDI DARAH UNTUK NEGARA!!!


yesssssss !!!!!!!!!!! jangan sertai dan terjebak mainan politik jalanan pembangkang wahai anak muda kitalah pewaris negara selamatkan Malaysia negara kita dari pengkhianat


Posted by tajau singa raja


Polis terima 2193 laporan membantah Perhimpunan HARAM pihak berkuasa harus melihat perkara ini sebagai tanda masyarakat menolak perkara yang menggugat kesejahteraan negara. Pihak berkuasa gunakan ISA untuk individu yang masih akur untuk mengadakan Perhimpunan JALANAN untuk menjatuhkan kerajaan. Rakyat menyokong sebarang tindakan pihak berkuasa dalam usaha menghalang Perhimpunan HARAM ini berlaku.
Posted by tajau singa raja







Petikan dari akhbar Berita Harian pada tahun 1965:


KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 1965)


p/s Satu Malaysia, 1Malaysia Jangan Sertai Perhimpunan Haram Ia Bukan Budaya Kita Bangsa Malaysia........
Posted by tajau singa raja
Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.


Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.


Menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi. tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.
Serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli. polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.


Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas. manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.

Posted by tajau singa raja



Motif utama mengalih pandangan rakyat terhadap kesalahan yang dia tanggung dan terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang. Pendedahan demi pendedahan berlaku Anwar masih bermain wayang mendalangi Perhimpunan Haram..Rakyat Malaysia perlu sedar perkara ini kepada yang degil meneruskan perhimpunan HARAM...jangan gadaikan negara kerana insan KOTOR ini...Pihak Berkuasa bertindak tegas ISA untuk pengkhianat negara...
Posted by tajau singa raja



Sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina,Romeo Castillo,59 dan seorang warga Korea Min Young Song, 24 di tahan dihadapan sebuah kolej di Johor.

Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis kini telah meresapi Perhimpunan Haram. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh dan biasa oleh masyarakat Malaysia. Wujud pihak yang ingin menumbangkan negara Malaysia jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan propoganda politik kotor pihak yang mendalangi Perhimpunan Haram tersebut, jangan kita mengadai negara dengan menyertai Perhimpunan Haram yang mendakwa mereka BERSIH. Pihak berkuasa perlu tegas dengan ancaman ini kuatkuasakan ISA kepada Perhimpunan Haram serta merta.
Posted by tajau singa raja


Harus Tegas kepada peserta Perhimpunan Haram........Kerajaan jangan berlembut dengan pengkhianat negara..menyertai Perhimpunan Haram sudah dianggap menggugat kesejahteraan negara Malaysia gunakan ISA untuk manusia yang tidak mengenang budi kerajaan...saya pasti ramai rakyat Malaysia akan bersama kerajaan menentang Perhimpunan Haram tersebut...ramai yang sayangkan negara kepada semua yang sayangkan Malaysia Kita TOLAK Perhimpunan Haram Tak Guna Ini.....
Posted by tajau singa raja






















Siapakah dalang Perhimpunan Haram 2.0, Lihat sendiri wajah pengkhianat kepada tanah air ini. Ambiga pada saat dan ketika ini perlu berfikir dengan waras yang Anwar perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan pengesahan klip Video yang ditayangkan trio Datuk T dan menggemparkan seluruh negara adalah 99.9% bukan mirip tetapi adalah sah wajah Ketua Pengkhianat negara tersebut.
Posted by tajau singa raja
Thursday, June 23, 2011 at 3:03 PM | 0 comments  
Inikah budaya yang diagungkan pihak Perhimpunan Haram? Negara musnah, porak poranda. Inilah gambaran rusuhan yang berlaku diluar negara keadaan tidak terkawal.... janganlah diwujudkan perkara ini di Malaysia yang aman makmur ini...Rakyat Malaysia ramai ramai kita tolak Perhimpunan Haram ini....
Posted by tajau singa raja


OOOOOOOOOOOOOOO....... lihatlah wahai masyarakat Malaysia yang dicintai...inilah dalang sebalik Perhimpunan Haram..Inilah Manusia Jalanan yang perlu kita TOLAK....Seruan kepada Pihak Keselamatan gunakan ISA demi negara tercinta.

Rancangan Politik Kotor Untuk Menutup Segala Kelemahan dan ketidakmampuan mereka mengotakan janji kepada rakyat. paling nyata PERHIMPUNAN HARAM ni semata mata untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap SKANDAL SEKS ANWAR...YANGGGG SEMAKIN TERDESAK DAN TERSERLAH KEBENARANNYA.....JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM.....
Posted by tajau singa raja
Tindakan tegas pihak berkuasa terhadap individu yang menggugat keamanan negara...................

Malaysia negara kita pertahankan keamanan dan keharmonian yang sudah sekian lama kita kecapi, tolak individu yang menjadi dalang dan petualang bangsa Malaysia...Tolak Pehimpunan HARAM...Tolak Budaya Politik JALANAN.

Ramai yang sudah mula menolak dan bimbang tujuan sebenar Perhimpunan HARAM ini...tak perlu berfikir panjang usah terlibat dengan budaya kotor ini.

Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates