Saturday, January 31, 2009
at
9:58 AM
|
SRI AMAN 30 Jan. - Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) membuka cawangan parti itu di bandar ini tidak perlu dibimbangkan.
Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata, negara ini mengamalkan prinsip demokrasi dan itu adalah hak DAP sekiranya mahu membuka sebuah cawangan parti terbabit di kawasan Sri Aman.
Beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak berkata, jika itu hasrat parti berkenaan, maka tiada mana-mana pihak pun yang boleh bertindak untuk menghalang penubuhan cawangan DAP di kawasan ini.
"Saya tidak khuatir sekiranya DAP akan membuka cawangan partinya di sini (Sri Aman) dalam masa yang terdekat," katanya selepas melakukan kunjungan Perayaan Tahun Baru Cina 2009 di lima buah rumah masyarakat Cina di bandar Sri Aman kelmarin.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chien Jen pada 24 Januari lalu yang mengumumkan bahawa parti pembangkang itu akan membuka cawangan partinya di sini dalam tempoh terdekat ini.
Dalam pada itu, Harden melahirkan keyakinan bahawa rakyat di sekitar daerah Sri Aman akan terus menyokong teguh SUPP memandangkan ia merupakan parti kedua terbesar di negeri ini dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Katanya, BN Sarawak menerusi gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) berjaya melaksanakan banyak pembaharuan
Malah katanya, bandar Sri Aman kini sudah berubah wajah hasil pencapaian pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
''Tiada sebab bagi rakyat untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap pembangkang sekiranya mereka membuka cawangan DAP di sini (Sri Aman).
''Saya juga menasihatkan rakyat di daerah ini menolak segala hasutan pihak pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan semata-mata ada tujuan politik demi kepentingan diri sendiri,'' katanya.
Pada 24 Januari lalu, Chien Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching telah mengadakan lawatan ke sekitar kawasan bandar Sri Aman sebelum beliau mengumumkan rancangan untuk menubuhkan cawangan parti DAP di bandar ini.

utusan malaysia 31 jan 2009
Posted by
tajau singa raja
0 comments:
Post a Comment