MERDEKA !
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!MERDEKA!
MERDEKA!

Kepada semua rakyat Malaysia salam Kemerdekaan dan Salam 1Malaysia, Saya bangga lahir di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia......Terima kasih Malaysia.
Posted by tajau singa raja
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kekurangan pengalaman untuk memerintah menjadi punca pakatan pembangkang tidak mampu membawa pembangunan mengikut selera rakyat di setiap negeri yang dikuasai.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, gaya kepimpinan setiap pemimpin dalam pakatan pembangkang juga memperlihatkan perbezaan yang begitu ketara dalam misi dan perjuangan masing-masing.
Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan gaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah menunjukkan kematangan dalam menerajui negara sejak 52 tahun lalu.
''Malah, BN telah mula menyusun strategi untuk mentadbir masyarakat majmuk berbilang kaum sejak lapan tahun sebelum kemerdekaan lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat menilai sendiri kemampuan pembangkang dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasainya selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Isu tersebut timbul berikutan seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan yang disifatkan mengutamakan kepentingan politik peribadi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Mohammad Rais Zainuddin berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai asas kukuh untuk membawa negara ke arah pembangunan dan keamanan.
''Mereka hanya tahu bercakap dan memainkan emosi dalam memancing undi. Mereka mudah berjanji tetapi tidak mengotakan janji yang ditaburkan sewaktu pilihan raya,'' katanya.
Tambah beliau, sebanyak 80 manifesto dalam pilihan raya di Selangor yang lalu tidak dapat ditunaikan dengan sebaik-baiknya termasuk isu air yang kononnya diberikan secara percuma kepada rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, dasar yang diamalkan pakatan pembangkang adalah tidak sehaluan dengan pembangunan dan perkembangan Islam.
Jelasnya, dalam keadaan sekarang, rakyat boleh mengetahui parti yang benar-benar menjayakan cita-cita dakwah Islam mengikut Perlembagaan.
''Sekiranya itu tidak dapat dicapai oleh kerajaan negeri, maka mereka tidak akan dapat bertahan lama seterusnya 'tumbang' bukan sahaja di Kedah, malah di negeri-negeri lain,'' katanya.
utusan malaysia 25 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja


SRI AMAN 23 Ogos - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi membina bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu di sini.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan mengambil masa satu tahun setengah untuk disiapkan.
Menurutnya, pembinaan bangunan baru SK Lubok Antu itu penting bagi menampung keperluan pembelajaran murid-murid di kawasan berkenaan di samping mempertingkat kemudahan prasarana pendidikan sekolah tersebut.
''Selain itu, ia juga merupakan kewajipan pihak kerajaan untuk mempertingkatkan taraf pendidikan penduduk luar bandar dalam negeri ini khususnya di kawasan Lubok Antu.
''Sehubungan itu, diharap pembinaan bangunan baru terbabit akan meningkatkan pendidikan penduduk di Lubok Antu selain mencapai matlamat kerajaan untuk melahirkan golongan modal insan yang lebih cemerlang," katanya.
Beliau berucap merasmikan Majlis Kem Kecemerlangan dan Motivasi Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 di SESCO Township, Lubok Antu di sini semalam.
Nyalau turut menasihatkan para pelajar yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi agar tidak mudah berputus asa kerana mereka boleh memasuki institusi kemahiran di negara ini.
Katanya, golongan terbabit boleh menyambung pembelajaran di kebanyakan institusi kemahiran terutamanya Mara bagi merebut peluang pekerjaan sedia ada atau pada masa hadapan.
''Gagal memasuki universiti tidak bererti gagal dalam hidup memandangkan portfolio kerja sekarang banyak menjurus kepada bidang kemahiran.
''Oleh itu, saya menggesa pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran di universiti agar merebut peluang pembelajaran di institusi kemahiran yang terdapat di negeri ini demi masa depan masing-masing," ujarnya.
utusan malaysia 24 ogos 2009
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates