KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya hanya petah bercakap tetapi gagal menyelesai dan mengendalikan pelbagai masalah dalam parti itu dengan baik.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, bukti terbaru ialah huru-hara yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Sabah apabila melantik pemimpin Semenanjung bagi menerajui negeri tersebut.
"Takkan pemimpin Semenanjung nak jadi pemimpin (ketua) di Sabah, ini tidak masuk akal, saya juga tidak tahu apa yang terjadi kepada sistem berparti mereka hinggakan Kabinet bayangan pun tidak reti nak buat, sampai ada beberapa orang akan pegang satu jawatan menteri.
"Malah ada juga di negeri (yang dimenangi) tidak mempunyai wakil daripada parti lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang yang mana wakil rakyat Pas tidak dilantik menganggotai kerajaan negeri.
"Berbeza dengan kita yang mewujudkan kerajaan di Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya daripada Gerakan, UMNO tetap dilantik wakilnya," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini.
Najib turut mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang adakah mereka ini pejuang sejati kepada masyarakat berbilang kaum sama seperti yang dimainkan BN.
"Inilah tanggungjawab besar yang perlu dimainkan oleh parti komponen BN untuk menyedarkan rakyat supaya jangan hanya memilih parti berdasarkan faktor luaran," katanya.
Najib berkata, rakyat perlu disedarkan bahawa peri pentingnya menilai rekod cemerlang dan BN telah terbukti amat baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
"Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum lalu adalah kerana kita sudah hilang sentuhan dengan rakyat. Kita dah sedar, insaf dan faham, BN terima apa yang rakyat mahu dan kita akan berubah untuk lebih baik," katanya.
utusan malaysia 02 Nov 2009
Posted by tajau singa raja
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua parti komponen yang mempunyai masalah dalaman supaya segera menyelesaikannya.
Tegas beliau, semua pihak perlu segera berubah ke arah kebaikan dan jangan sesekali membiarkannya berlanjutan terlalu lama hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.
Beliau yang juga Perdana Menteri turut mengingatkan parti-parti komponen BN supaya jangan hanya membiarkannya seorang yang komited untuk berubah.
"Saya minta jangan biarkan saya seorang sahaja, tetapi kita semua kena bertindak, macam kereta api tidak boleh hanya lokomotif sahaja bergerak di hadapan, semua kena bergerak bersama.
"Gerakan, MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) semua kena bergerak, kalau ada masalah dalaman tu cepat-cepatlah selesaikan, tunggu apa lagi, selesaikan masalah.
"Percayalah kita berada pada landasan yang jelas, prinsip kita adalah jelas, suara rakyat adalah suara keramat dan BN akan abadikan diri untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Nasional 2009 Parti Gerakan di sini hari ini.
Hadir sama, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Penasihat parti itu, Tun Dr. Lim Keng Yaik dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain.
Tambah Najib, fokus utama pada masa ini ialah untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan bagi memastikan parti tersebut terus kekal relevan.
Katanya, rakyat telah memberi isyarat dan petunjuk kuat pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu untuk BN berubah ke arah lebih baik dan BN telah menerima dengan penuh keikhlasan teguran itu dan komited untuk melakukan perubahan.
Beliau berkata, semua pihak perlu dilengkapi dengan semangat dinamik, progresif, keyakinan diri dan ketahanan dalaman untuk bangkit semula.
"Baru sekali sahaja kena tsunami politik sudah tidak tahan lagi, adakah kamu semua terlalu lemah untuk bangkit kembali.
"Kemenangan besar di Bagan Pinang adalah ledakan paling besar terhadap pembangkang, kita menang sebab pengundi sana terima dasar kita, jentera kita di akar umbi bekerjasama dengan baik, kita segera bertindak menyelesaikan masalah dan letak calon yang boleh menang, akhirnya kita menang dengan lonjakan majoriti 132 peratus," katanya.
Najib terus membangkitkan semangat para perwakilan dengan menafikan sekeras-kerasnya tanggapan bahawa BN tidak mampu bangkit dengan penuh kekuatan.
"Kita akan buktikan mereka adalah salah, BN tetap merupakan parti yang dahulu relevan, sekarang relevan dan pada masa hadapan juga tetap relevan.
"BN akan jadi relevan bukan sebab kita kata parti kita relevan tapi kerana kita sanggup berubah dan sanggup memperjuangkan hala tuju gagasan 1Malaysia yang mengutamakan rakyat dalam segenap segi," katanya.
utusan malaysia 02/11/09
Posted by tajau singa raja
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk S. Nallakarupan menegaskan beliau tidak pelik dengan gelaran parti 'bateri 3A' yang diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, kata beliau, parti itu memang berkisar kepada tiga individu iaitu Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Bekas rakan karib Anwar itu berkata, ketiga-tiga mereka akan menentukan apa sahaja perkara dalam PKR sehingga beliau sendiri yang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun sanggup diketepikan.
''Sebab itu banyak pemimpin terdahulu yang bertindak meninggalkan PKR kerana melihat parti itu hanya berkisar kepada tiga orang itu sahaja. Itulah hakikatnya.

''PKR hanya parti tiga orang A ini saja. Lihatlah saya sendiri, 30 tahun saya dengan Anwar, malah pernah masuk penjara kerana dia, tapi akhirnya dia tak pedulikan pun semua itu sampailah saya keluar PKR.

''Jadi kalau saya yang 30 tahun bersama Anwar boleh diperlakukan seperti ini, bayangkanlah pemimpin PKR lain. Bila-bila masa boleh dilupakan macam itu saja,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad baru-baru ini menyifatkan PKR parti 'bateri bersaiz 3A' kerana kekuatannya hanya ditentukan oleh Anwar, Azizah dan Azmin.

Diminta mengulas pelantikan Azmin selaku Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru, Nallakarupan berkata, ia menunjukkan Azmin mempunyai kedudukan istimewa di mata Anwar.
Kata beliau, ia merupakan satu keputusan besar kerana pelantikan Azmin adalah untuk menggantikan seorang lagi pemimpin kanan PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Pelantikan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bermakna Azmin menggantikan kedudukan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selain Menteri Besar Selangor.

''Azmin bukan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Abdul Khalid dan ini memperlihatkan siapa yang lebih penting di antara dua pemimpin itu kepada Anwar.

''Ini memang sudah dijangkakan. Walaupun atas sebab tertentu terpaksa digugurkan menerajui PKR Sabah, Anwar tidak mungkin tinggalkan Azmin yang tahu banyak mengenai Anwar.

''Bagi Azmin, ini satu cara penting untuk beliau mengukuhkan kedudukan politiknya terutama dalam PKR walaupun ia menyentuh jawatan Abdul Khalid,'' jelasnya.

Nallakarupan juga tidak hairan atas apa yang berlaku pada Abdul Khalid kerana beliau sendiri pernah diperlakukan sedemikian rupa bagi mengukuhkan kedudukan Azmin.
Dakwanya, ia berlaku pada pemilihan PKR suatu masa dahulu apabila beliau diminta oleh Anwar untuk menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden walaupun mendapat pencalonan kedua tertinggi demi mengukuhkan kedudukan Azmin.

''Saya tak bercakap bohong, saya berani ke kuil untuk ulangi apa yang saya cakap ini. Anwar sendiri pada waktu itu minta saya tarik diri sebab Azmin mahu bertanding.

''Namun apabila saya tanya kepada Wan Azizah, beliau tidak pula tahu perkara tersebut,'' jelasnya.
Sumber,
Utisan Malaysia 27 .10.09
Posted by tajau singa raja
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Selepas puluhan tahun Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir dan memajukan beberapa negeri seperti Selangor dan Kedah, kini sudah ada tanda pembangunan di negeri terlibat mungkin merosot.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai isu politik yang membelenggu negeri terbabit akibat masalah kerjasama parti-parti dalam pakatan pembangkang akan membawa kesan pentadbiran yang amat buruk sehingga mengganggu perjalanan pembangunan.
Katanya, perkara itu adalah antara yang paling dibimbanginya, begitu juga para pemimpin BN yang lain.

Tambahnya, rakyat dan pengundi akan menjadi mangsa terhadap kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

"Ini saya bimbang, kalau ada beberapa tahun lagi mereka mentadbir di negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak ditadbir dengan baik, jadi apa yang sudah kita bangunkan sebelum ini di bawah kerajaan BN mungkin akan merosot dan kesannya ialah nasib hidup rakyat dan pengundi di negeri yang berkenaan akan sulit," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam blognya yang mengakui pakatan pembangkang sedang melalui krisis kehilangan keyakinan daripada rakyat sejak lapan bulan yang lalu.
Hakisan keyakinan itu katanya, berpunca daripada kegagalan pemimpin pakatan pembangkang sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dan disiplin dalam parti masing-masing bagi meyakinkan pengundi Malaysia berhubung kredibiliti, integriti dan perpaduan antara mereka.

Menurut Muhyiddin, adalah sesuatu yang amat baik apabila Kit Siang sendiri sudah mengakui bahawa para pemimpin pakatan pembangkang mempunyai masalah untuk bersatu dan bekerjasama.
"Kalau Kedah kerajaan Pas dan DAP, di Selangor antara Datuk Dr. Hasan Ali dengan Menteri Besar, begitu juga di Pulau Pinang, kalau Kit Siang sendiri sudah akui mereka tidak ada kepimpinan, ia harus menyedarkan rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak ada kemampuan," katanya.
Sehubungan itu Muhyiddin meminta rakyat menilai situasi secara mendalam bagi melihat masalah yang sebenarnya wujud.

Beliau juga meminta rakyat menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang telah lama memiliki pengalaman untuk memajukan negara.

Menurutnya, bukan setakat di negeri-negeri tetapi di peringkat dalaman parti juga berkocak dengan pelbagai masalah yang cuba ditutup sepanjang masa oleh pakatan pembangkang.
"Kalau ambil parti-parti komponen mereka, Pas juga berhadapan dengan konflik yang hebat,
DAP nampak okay tetapi sebenarnya tidak okay, PKR pun begitu juga," katanya.
Beliau berkata, kemelut kepimpinan dalaman yang melanda Pas kini adalah satu bukti terhadap kenyataan itu.
Sumber,
utusan malaysia 27 okt 2009
Posted by tajau singa raja
Selepas setahun bertelagah, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek akhirnya bersetuju untuk berdamai dan mengenepikan pergeseran antara mereka.Kedua-duanya - yang sebelum ini sering melontar tuduhan antara satu sama lain - mengumumkan 'genjatan senjata' itu dalam satu sidang akhbar bersama di ibupejabat MCA di ibunegara hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Dalam sidang akhbar tersebut, Ong membaca kenyataan yang berbunyi, beliau dan Chua sudah bersetuju untuk "bekerjasama sebagai satu pasukan" bagi menyatu dan memperkukuhkan semula MCA - parti komponen kedua terbesar dalam BN - yang sedang dilanda krisis kepimpinan.Beliau juga mendedahkan bahawa Chua bersetuju untuk bekerjasama dengannya "tanpa sebarang syarat".
"Ini adalah masanya untuk bermaaf-maafan dan melihat pada persekitaran yang lebih luas mengenai apa yang baik untuk parti dan bukannya untuk individu," katanya.Presiden MCA itu juga mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi maklumat mengenai pelan damai tersebut dan telah merestuinya.
malaysia kini 23/10/09
Tahniah MCA setiap kekusutan dalam parti pasti ada jalan penyelesaian, persepakatan dalam parti komponen BN adalah penting untuk kita sama-sama berjuang memertabatkan konsep 1Malaysia dan menawan kembali hati masyarakat yang masih perlukan BN untuk terus membangun dan sejahtera dan aman damai di Malaysia......
Posted by tajau singa raja
Thursday, October 22, 2009 at 3:44 PM | 1 comments  
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna berharap Bajet 2010 dapat membantu dan mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dan memberikan lebih tumpuan dalam membantu golongan tersebut.
‘‘Pembentangan Bajet 2010 perlu memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan beban rakyat.
‘‘Selain itu, ia diharapkan dapat memperkasa dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Marimuthu berkata, kerajaan juga perlu memberi keutamaan bagi mengurangkan belanjawan defisit negara.
“Segala perbelanjaan dan kerja-kerja pembangunan di negara ini perlu dikawal melalui sistem tender terbuka bagi memastikan perbelanjaan yang dilaksanakan tidak membazirkan wang rakyat,’’ katanya.
Katanya lagi, beliau juga berharap kerajaan memperluas dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam termasuk di ibu negara supaya perkhidmatannya lebih efisien dan bersepadu dalam memberi manfaat yang besar kepada rakyat.
‘‘Masalah pengangkutan awam sering menimbulkan kesulitan kepada kebanyakan rakyat di negara ini kerana kemudahan infrastruktur yang disediakan masih tidak mencukupi,’’ katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, beliau berharap Bajet 2010 itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua pengguna di negara ini.
“Bajet 2010 ini perlu memfokuskan kepada kehendak rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Kerajaan perlu memahami kuasa membeli golongan ini yang amat terhad. Pengurangan cukai terhadap barang dan perkhidmatan adalah antara harapan mereka dalam bajet ini,” katanya.
Menurut Dr. Jacob, golongan ini tidak mempunyai sumber pendapatan lain bagi menyara ahli keluarga.
“Apabila harga barang meningkat di pasaran, ia akan menyebabkan mereka menghadapi masalah ekonomi ekoran kekurangan sumber kewangan yang tidak mencukupi,” jelasnya.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula mencadangkan agar kerajaan menaikkan cukai rokok dan arak sehingga 300 peratus dalam bajet yang akan dibentangkan itu.
Menurut Maamor, peningkatan cukai itu perlu bagi mencegah rakyat negara ini daripada menghisap rokok dan meminum arak seterusnya membantu kerajaan dalam kempen berkaitan kesihatan.
utusan malaysia 22/10/09
Posted by tajau singa raja
Tuesday, October 20, 2009 at 3:07 PM | 1 comments  


Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.
Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting."Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar."Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
malaysiakini 20/10/09
Posted by tajau singa raja
KECEWA.......................


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar daripada PKR Sarawak. Semalam, beliau telah mengumumkan tidak lagi menyokong PKR Sarawak.Spekulasi yang timbul daripada tindakan itu mengatakan bahawa Gabriel Adit kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang melantik Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak menggantikan Mustaffa Kamil Ayub.“Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya peduli. Apa yang saya nak katakan kepada Baru Bian ialah semoga berjaya”, kata Gabriel Adit.Menurutnya lagi, memberi jawatan itu kepada Baru Bian sebagai satu kesilapan PKR tetapi saya berharap saya salah.Gabriel Adit menyertai PKR Sarawak pada penghujung tahun 2008 iaitu selepas genap 2 tahun beliau memenangi kerusi DUN Ngemah atas tiket Bebas. Beliau pernah menyertai SPDP tetapi keluar daripadanya sebelum Pilihan Raya DUN Sarawak 2006.
utusan borneo 20/10/09
Politik kepentingan sendiri.......akan memakan diri politik belut tiada pendirian ababila kecewa keluar parti ada tawaran masuk parti....ini bukan sikap pemimpin yang diharapkan dan penting disini BN atau mana komponen parti jangan terima ahli politik sempit seperti ini.
Posted by tajau singa raja


SRI AMAN 12 Okt. - Ketua-ketua kaum masyarakat disarankan sentiasa turun padang bagi mengenal pasti golongan penduduk miskin di kawasan masing-masing.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, langkah itu perlu supaya kerajaan menerusi jabatan berkaitan dapat membantu golongan miskin bagi memperoleh bantuan sewajarnya melalui Program Cari.
Katanya, ini kerana hanya pemimpin masyarakat lebih mengetahui rakyat di kawasan masing-masing yang layak untuk menerima sebarang bantuan daripada kerajaan dan pada yang sama mengelak daripada tersalah beri bantuan.
''Ada yang sepatutnya tidak layak mendapat bantuan boleh mendapat bantuan tetapi ada yang sewajarnya perlu diberi bantuan oleh kerajaan tidak pula mendapat pembelaan disebabkan oleh ketua kaumnya yang tidak turun padang.
''Sehubungan itu, saya memohon agar ketua kaum lebih telus melaksanakan tugas mereka dan lebih kerap turun padang untuk memantau golongan penduduk miskin yang betul-betul memerlukan bantuan," katanya di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lubok Antu di rumah panjang Sibat Keruntap, Jelukong di Engkilili dekat sini.
Nyalau berkata, selain itu, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga perlu memainkan peranan penting sebagai sebuah 'jambatan' untuk menghubungkan penduduk dengan kerajaan di kawasan masing-masing.
Katanya, kerajaan memerlukan pertubuhan seperti JKKK sebagai sebuah saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah rakyat di kawasan masing-masing kepada kerajaan supaya mereka dapat pembelaan sewajarnya.
''Dengan adanya JKKK, kerajaan tidak akan mempunyai sebarang kerumitan untuk mengenal pasti masalah berkenaan dan seterusnya melaksanakan program atau projek yang mampu menyelesaikan malah manfaatkan rakyat jelata," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Nyalau memberi jaminan untuk membantu membekalkan atap baru bagi menukar atap usang di rumah panjang Sibat Keruntap berkenaan.
Beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM4,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.
utusan malaysia 13/10/09
Posted by tajau singa raja
Beras percuma setiap bulan
Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.
Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.
Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu.
Pemberian kupon itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang November ini.
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini.
“Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
“Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) kepada para pegawai kerajaan serta anggota Parlimen di sini.
Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.
Turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara, katanya.
Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras yang lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja.
utusan malaysia 13/10/09
Posted by tajau singa raja
SERDANG: Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) yang mendakwa mempunyai keahlian hampir 57,000 orang di seluruh negara sejak ditubuhkan Mei lalu, akan mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Presidennya, RS Thanenthirran, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN boleh mempertimbangkan kemasukan MMSP sebagai parti komponen. Beliau berkata, MMSP yang menyokong penuh konsep 1Malaysia akan bekerjasama rapat bersama Perdana Menteri dan barisan kepemimpinannya bagi mengembalikan semula sokongan masyarakat India kepada BN.

"Kebanyakan yang menyertai MMSP ialah golongan muda dengan hampir 85 peratus daripada mereka tidak menyertai mana-mana parti politik sebelum ini serta kini ingin menyumbang tenaga membantu kerajaan dan masyarakat India. MMSP akan menjadi payung kepada masyarakat India di negara ini. "Saya tidak mahu menuding jari mencari kesalahan pihak lain apabila masyarakat India dibelenggu pelbagai masalah, tetapi jika kepemimpinan MIC melakukan tugasnya dengan cemerlang, kita tidak perlu menubuhkan MMSP," katanya. Thanenthirran berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agung pertama MMSP di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, semalam dan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Perdana Menteri.
berita harian 12/10/09
Posted by tajau singa raja


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang memperlihatkan momentum kebangkitan yang mula ditunjukkan parti tersebut.
Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sehubungan itu momentum tersebut perlu dipertingkatkan bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil lain serta pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, pengaruh yang ditunjukkan oleh calon BN, Mohd. Isa juga cukup kuat dan tidak mampu digugat oleh pembangkang.
"Calon Pas, iaitu Zulkefly Mohamad Omar tidak setanding dengan Mohd. Isa yang cukup terkenal di kalangan penduduk di Negeri Sembilan terutamanya di Bagan Pinang.
"Kemenangan juga menunjukkan pengundi mula meragui kepimpinan yang ditunjukkan oleh pakatan pembangkang melalui beberapa isu yang timbul di negeri-negeri yang diperintah mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
BN mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya Mohd. Isa mengalahkan calon Pas, Zulkefly dengan majoriti 5,435 undi.
Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Ahmad Atory Hassan berkata, kemenangan itu menggambarkan usaha memulihkan parti oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya meraih kembali keyakinan rakyat kepada parti keramat itu.
Menurutnya, faktor calon BN merupakan sumbangan yang cukup besar dalam kemenangan parti itu di Bagan Pinang.
Menurutnya, kerajaan dan UMNO perlu terus bekerja kuat untuk meyakinkan rakyat bahawa perjuangan mereka bukanlah seperti yang dicanang pembangkang.
utusan malaysia 12 okt 2009
Posted by tajau singa raja


PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas.
Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.
BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.
Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.
Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN.
Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak.
Ketika pengumuman dibuat, Mohd. Isa turut berada di dalam dewan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin BN yang lain.
Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan penyokong BN yang berada di luar dewan.
utusan malaysia 12 okt 2009
Posted by tajau singa raja
Thursday, October 8, 2009 at 11:12 AM | 0 comments  
Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malaysia menafikan dan tidak sesekali tergamak memberi makanan yang telah luput tarikh kepada mangsa gempa bumi di Padang.
Sekumpulan orang dilaporkan telah bertindak merampas bantuan dari negara luar untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Pariaman, Padang.
Pusat Rawatan Kemanusiaan Malaysia di tengah bandar Padang, Indonesia sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat.
PUTRAJAYA 7 Okt. – Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak akan mengambil langkah berbentuk ‘tindak balas’ ke atas Indonesia.
Sebaliknya, kata beliau, negara akan terus berpegang kepada semangat setiakawan dan hubungan baik yang sudah lama terjalin apabila bersedia menghantar lagi pasukan penyelamat ke wilayah itu.
Menurutnya, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) dan sukarelawan lain dari negara ini akan meneruskan bantuan kerana ia adalah langkah yang baik bagi meringankan beban mangsa bencana itu.
‘‘Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan kita menghantar pasukan bantuan kerana diberikan kebenaran oleh kerajaan Indonesia.
‘‘Ini dilihat dari sudut hubungan baik kerajaan dan rakyat, kita tidak lihat kepada tindakan kelompok tertentu. Kita tidak perlu mengambil langkah ‘tindak balas’ dan bersikap bermusuh-musuhan, itu tidak perlu,” ujarnya.
Utusan Malaysia 08/10/09
Posted by tajau singa raja
Friday, September 25, 2009 at 4:28 PM | 0 comments  
Kerajaan akan memastikan persiapan dan rawatan influenza A (H1N1) ditingkatkan bagi menghadapi gelombang kedua virus itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai."Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tekankan kemungkinan gelombang kedua akan datang dan WHO menyeru agar semua negara buat persiapan hadapi gelombang kedua H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Bergerak Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) dan kempen kesedaran kesihatan di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu, kementerian akan memastikan semua hospital menyediakan cukup peralatan termasuk katil di unit rawatan rapi (ICU) dan memastikan agar rawatan diperkemaskan dan diberi dengan cepat."Kita juga perlu kesan pesakit H1N1 dengan cepat dan awal kerana kalau lambat, ia boleh membawa mudarat dan maut. "Orang ramai jangan ambil remeh mengenai penyakit ini," katanya
malaysia kini 25/09/09
Posted by tajau singa raja
SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.
Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.
“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.
“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.
“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.
utusan malaysia 25/09/09
Posted by tajau singa raja
Monday, August 31, 2009 at 3:08 PM | 0 comments  

MERDEKA !
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!MERDEKA!
MERDEKA!

Kepada semua rakyat Malaysia salam Kemerdekaan dan Salam 1Malaysia, Saya bangga lahir di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia......Terima kasih Malaysia.
Posted by tajau singa raja
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kekurangan pengalaman untuk memerintah menjadi punca pakatan pembangkang tidak mampu membawa pembangunan mengikut selera rakyat di setiap negeri yang dikuasai.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, gaya kepimpinan setiap pemimpin dalam pakatan pembangkang juga memperlihatkan perbezaan yang begitu ketara dalam misi dan perjuangan masing-masing.
Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan gaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah menunjukkan kematangan dalam menerajui negara sejak 52 tahun lalu.
''Malah, BN telah mula menyusun strategi untuk mentadbir masyarakat majmuk berbilang kaum sejak lapan tahun sebelum kemerdekaan lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat menilai sendiri kemampuan pembangkang dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasainya selepas pilihan raya umum tahun lalu.
Isu tersebut timbul berikutan seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan yang disifatkan mengutamakan kepentingan politik peribadi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Mohammad Rais Zainuddin berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai asas kukuh untuk membawa negara ke arah pembangunan dan keamanan.
''Mereka hanya tahu bercakap dan memainkan emosi dalam memancing undi. Mereka mudah berjanji tetapi tidak mengotakan janji yang ditaburkan sewaktu pilihan raya,'' katanya.
Tambah beliau, sebanyak 80 manifesto dalam pilihan raya di Selangor yang lalu tidak dapat ditunaikan dengan sebaik-baiknya termasuk isu air yang kononnya diberikan secara percuma kepada rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, dasar yang diamalkan pakatan pembangkang adalah tidak sehaluan dengan pembangunan dan perkembangan Islam.
Jelasnya, dalam keadaan sekarang, rakyat boleh mengetahui parti yang benar-benar menjayakan cita-cita dakwah Islam mengikut Perlembagaan.
''Sekiranya itu tidak dapat dicapai oleh kerajaan negeri, maka mereka tidak akan dapat bertahan lama seterusnya 'tumbang' bukan sahaja di Kedah, malah di negeri-negeri lain,'' katanya.
utusan malaysia 25 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja


SRI AMAN 23 Ogos - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi membina bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu di sini.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan mengambil masa satu tahun setengah untuk disiapkan.
Menurutnya, pembinaan bangunan baru SK Lubok Antu itu penting bagi menampung keperluan pembelajaran murid-murid di kawasan berkenaan di samping mempertingkat kemudahan prasarana pendidikan sekolah tersebut.
''Selain itu, ia juga merupakan kewajipan pihak kerajaan untuk mempertingkatkan taraf pendidikan penduduk luar bandar dalam negeri ini khususnya di kawasan Lubok Antu.
''Sehubungan itu, diharap pembinaan bangunan baru terbabit akan meningkatkan pendidikan penduduk di Lubok Antu selain mencapai matlamat kerajaan untuk melahirkan golongan modal insan yang lebih cemerlang," katanya.
Beliau berucap merasmikan Majlis Kem Kecemerlangan dan Motivasi Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 di SESCO Township, Lubok Antu di sini semalam.
Nyalau turut menasihatkan para pelajar yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi agar tidak mudah berputus asa kerana mereka boleh memasuki institusi kemahiran di negara ini.
Katanya, golongan terbabit boleh menyambung pembelajaran di kebanyakan institusi kemahiran terutamanya Mara bagi merebut peluang pekerjaan sedia ada atau pada masa hadapan.
''Gagal memasuki universiti tidak bererti gagal dalam hidup memandangkan portfolio kerja sekarang banyak menjurus kepada bidang kemahiran.
''Oleh itu, saya menggesa pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran di universiti agar merebut peluang pembelajaran di institusi kemahiran yang terdapat di negeri ini demi masa depan masing-masing," ujarnya.
utusan malaysia 24 ogos 2009
Posted by tajau singa raja


ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.
PKR Padang Serai dibubar. 200 ahli bertindak keluar parti.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah hari ini untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas digugurkan daripada jawatan Exco.
Bekas ahli PKR mendakwa kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Padang Serai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada parti itu.
Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.
Serentak dengan itu, PKR Bahagian Padang Serai turut dibubarkan setelah mendapat sokongan semua 14 ahli jawatankuasa bahagian terbabit.
Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar pada pukul 11 pagi di sebuah hotel di sini hari ini.
“Sempena Ramadan, bulan yang mulia ini, saya ingin mengumumkan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti. Tindakan saya ini disokong semua 14 ahli jawatankuasa bahagian.
“Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,” katanya.
Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.
utusan malaysia 24 ogos 2009
Posted by tajau singa raja
Tuesday, August 18, 2009 at 4:01 PM | 0 comments  

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala Pas pula diwakili Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man Mat Aji.
Penceramah motivasi, Kamal Ramizu Idris yang menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas bagaimanapun gagal menyerahkan borang pencalonan gara-gara lewat tiba di pusat penamaan calon di sini atas alasan kesesakan lalu lintas.
Rohaizat, 38, mengemukakan kertas pencalonannya pada pukul 9.03 pagi dengan dicadang oleh Abdul Majid Othman dan disokong oleh Ng Tong Hye.
Salleh Man, 52, menyerahkan borang kira-kira tiga minit kemudian. Pencalonan beliau dicadangkan Mahdi Abdullah dan disokong Shamsul Kamal Sahpie.
Nama kedua-dua calon yang sah bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir, Roslan Yahaya di pekarangan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kira-kira pukul 11.30 pagi.
Rohaizat dan Salleh disahkan bertanding bagi kerusi DUN tersebut selepas tamat tempoh waktu bantahan selama sejam bermula 10 pagi.
Sementara itu, Salleh Man tiba di pusat penamaan kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
utusan malaysia 18 ogos 2009
Posted by tajau singa raja


MIRI 17 Ogos - Penyatuan rakyat pelbagai kaum di bawah konsep 1Malaysia akan menjadi pemacu kepada negara memenuhi projek-projek pembangunan yang dirancang.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, rakyat Malaysia tidak akan ditindas sekiranya mereka bersatu di bawah semangat 1Malaysia.
"Tiada siapa pun yang boleh 'buli' kita kerana kita memang 1Malaysia. Kita berjuang demi Malaysia. Kita membangun demi Malaysia dan kita sukses demi Malaysia.
"Kita adalah satu Malaysia, satu perpaduan, satu prospek dan satu impian," katanya berucap merasmikan Kempen Menggalak Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di tempat letak kereta kompleks beli belah Boulevard semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta generasi muda untuk terus melaungkan semangat 1Malaysia kerana merekalah yang bertanggungjawab menjaga dan memacu pembangunan politik, sosial dan ekonomi rakyat dan negara.
Selain itu, generasi muda juga perlu berasa bangga dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda patriotisme dan cintakan negara.
Terdahulu, Hong Nam berkata, sikap bertolak ansur, berkompromi, hormat menghormati dan saling faham memahami adalah aset utama rakyat kerana tanpanya, negara tidak akan mencapai impian dan merealisasikan Wawasan 2020.
"Pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa lampau tidak perlu kita lupakan. Perjuangan ini perlu diteruskan oleh pemimpin masa kini demi masa depan dan mengekalkan kemerdekaan ini," katanya.
Sepanjang bulan kemerdekaan ini, beliau meminta rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, pejabat kerajaan dan taman sebagai melambangkan identiti rakyat Malaysia yang cintakan negara.
utusan malaysia 18 ogos 2009
Posted by tajau singa raja
GOBALAKRISHNAN bertindak kasar terhadap polis selepas membuat kecoh di pekarangan IKBN Bukit Mertajam, semalam.
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan kerana mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Gobalakrishnan ditahan selepas mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi. Beliau juga dilihat meronta-ronta melepaskan diri apabila ditahan polis sehingga mengalami kecederaan di tangan dan tali pinggangnya tertanggal, menyebabkan seluarnya separuh terlondeh.
Difahamkan sebelum itu, Gobalakrishan dikatakan memaki polis dan cuba mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi menggunakan pembesar suara sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong.
berita harian 18 ogos 2009
Posted by tajau singa raja

Pertandingan satu lawan satu di permatang Pasir pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009. Rohaizat 38 (BN) dan Mohd Salleh 53 (PAS) masing-masing akan mengemudi parti untuk kemenangan bermaruah di Permatang Pasir.
Mohd Salleh (Kanan) and Rohaizat (Kiri)
Posted by tajau singa raja
BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) akan turun bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk memenangi kerusi itu, bukan sekadar mengurangkan majoriti undi calon Pas.

Sasaran itu berdasarkan harapan rakyat kepada kepemimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno Pulau Pinang yang dipegang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata tidak mustahil pengundi Permatang Pasir yang sudah tiga penggal menyandarkan harapan kepada Pas, berubah angin menyokong BN kali ini.
Kami (bertanding) untuk menang, bukan untuk kalah. Kami bukan mahu mengurangkan majoriti, tetapi menang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Penerangan cawangan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, malam kelmarin.

Pada pilihan raya umum lalu, calon Pas, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1999, menewaskan Ahmad Sahar Shuib daripada BN dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pengundi Permatang Pasir perlu mengambil iktibar daripada masalah yang timbul di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang.

berita harian 13 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja
KUCHING: Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah agensi untuk mentadbir keseluruhan aspek pengurusan dan pembangunan air di Sarawak, kata Menteri Muda Alam Sekitar, Dr Abang Abdul Rauf Zen.

Beliau berkata, walaupun Sarawak mempunyai undang-undang dan peraturan dalam mengurus serta melindungi sumber air, namun ada keperluan untuk menggabungkan agensi pengurusan dan pembangunan air di negeri ini.

Ketika ini ada beberapa agensi pada peringkat Persekutuan dan negeri bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Katanya, walaupun negeri ini mempunyai undang-undang dan peraturan mencukupi melindungi dan menguruskan sumber air, namun masih ada kelemahan dari segi penguatkuasaan.

"Belum ada satu agensi yang diamanahkan hanya bagi menjalankan peranan mengurus dan membangunkan sumber air negeri ini. Sebahagian agensi berkaitan hanya bertanggungjawab kepada fizikal alam sekitar, sementara yang lain pula lebih kepada tanggungjawab menguruskan sumber alam sekitar," katanya.

berita harian 13 Ogos 2009
Posted by tajau singa raja

PUTRAJAYA 12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengertian patriotisme diperluaskan dengan setiap warganegara harus memiliki cakupan nilai dan perangai yang baik serta menghormati undang-undang.

Sambil meminta seluruh rakyat menginsafi nikmat kemakmuran 52 tahun kemerdekaan, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia sebenarnya bertuah kerana mendiami sebuah negara yang ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Justeru, beliau berharap makna lebih luas patriotisme itu akan meninggalkan kesan mendalam pada jiwa setiap warganegara dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini.

''Pengertian patriotisme bukan sekadar melahirkan kecintaan dan kesetiaan kental kepada negara tetapi juga menjadi warganegara yang sentiasa berperangai baik, bekerja bersungguh-sungguh serta menjaga keharmonian dan mengamalkan nilai-nilai murni.

''(Hakikatnya) tiada negara lain, mungkin ada negara lain yang merdeka tetapi jika kita rangkum segala-galanya, pada keseluruhannya tiada bumi yang lebih baik daripada Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini hari ini.

utusan malaysia 13 Ogos 2009

Posted by tajau singa raja
Saturday, August 1, 2009 at 3:25 PM | 0 comments  

Pakaian Tradisional Masyarakat Iban (Wanita)
Pakaian tradisional lambang kemegahan dan keayuan wanita Iban sejak dari dulu lagi. Pemakaian pakaian ini hanya apabila menyambut tetamu datang mengunjungi rumah panjang dan untuk persembahan tarian ngajat oleh wanita Iban. Adat resam yang perlu dipertahankan terutama pada zaman serba moden ini. Perkara ini di pandang serius oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Iban agar budaya sentiasa dikekalkan agar tidak lupus ditelan zaman. Salah satu sifat yang masih dikekalkan hingga kini adalah menghormati tetamu yang datang ke rumah. Dengan sedaya upaya mereka akan memastikan tetamu berasa selesa dan sentiasa diberikan layanan yang sebaik mungkin agar tetamu tidak "Jera" serik datang lagi. Iban dalam konsep 1Malaysia sentiasa menyokong perpaduan dikalangan semua kaum di negara Malaysia malahan bertekad untuk sama menyumbang dalam membangunkan negara Malaysia. Oleh yang demikian jangan melayan sebarang penyataan kebudak-budakkan, tidak matang dan mungkin "nanyuk" dari pihak tertentu, Ayuh kita sama memacu negara menjayakan 1Malaysia.
Posted by tajau singa raja
Thursday, July 23, 2009 at 2:47 PM | 1 comments  


Rumah Naga Ak Tagee, Rassau Lubok Antu, Yang Berhormat Tn. William Nyallau dan Dr. Jhonichal Rayong dilihat oleh masyarakat sekitar Daerah mengundi Sayat melakukan perasmian Projek Sistem Perparitan konkrit semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JASA Bhg Sri Aman.
Harapan masyarakat agar konsep turun padang ini diteruskan pada masa akan datang ini kerana konsep turun padang ini akan mengurangkan jurang diantara masyarakat dan YB kawasan. Dalam masa yang sama mereka boleh berinteraksi dengan cara terbuka dan perbincangan dapat dilakukan dengan lebih informal. Inilah yang dikehendaki oleh rakyat YB mesra dan senang dibawa berbincang. Dasar keterbukaan YB dalam menyelami hati masyarakat mampu menjadikan sebarang permasalahan yang dihadapi masyarakat diselesaikan dengan cara diplomatik, inilah konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan oleh semua wakil rakyat BN.
Posted by tajau singa raja
Majlis Penyerahan Geran kerajaan kepada sejumlah 91 buah rumah panjang meriah, dengan kehadiran ramai masyarakat menyaksikan sendiri Geran Kerajaan bukan satu muslihat untuk pancing undi tetapi ia merupakan bantuan khas kepada masyarakat Batang Ai Ikhlas dari BN kerana telah menyokong kepada kemenangan Calon BN YB Malcon pada PR Kecil Batang Ai yang lepas. Inilah bukti betapa kerajaan BN mengotakan janji untuk terus membawa agenda pembangunan kepada Batang Ai. banyak pihak terkejut dengan lawatan mengejut Datuk Amar Hj. Awang Tengah, Dato Sri Hj. Mohammad Asfia ke Batang Ai bersama menteri dan rombongan YB dari pelbagai kawasan. Apa yang menarik adalah penyokong pembangkang turut kelihatan belegar di kawasan penyampaian geran. Apa yang mereka mahu ? Dengan memek muka yang mungkin ada timbul penyesalan pun ada walau apa pun mereka ni masih ada ruang untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan ayuh sertai politik kebenaran tinggalkan politik Awangan anda itu.
Posted by tajau singa raja
KERAJAAN PERPADUAN PAS VS RAKAN PR TOLAK !
KERAJAAN KEDAH PAS VS DAP KELUAR PR !
KERAJAAN PULAU PINANG DAP BINGGUNG TAK RETI SELESAI MASALAH !
Hancur hancur ................ segala tindakkan PAS tak betul, asyik ANWAR dan LIM KIT SIANG yang betul mana NIK AZIZ, HADI haiiiii kesian lah cam ni sampai bila nak jadi kawan DAP dan PKR macam tak berpanjangan jodoh pertemuan PR tak akan berpanjangan, cuba buat perbandingan untuk mentadbir sebuah kerajaan Negeri dan Negara. PR nak tadbir sebuah negeri pun kalut tak sudah-sudah masyarakat dah muak dengan cara PR kalau tak muak tak tahu lah. Di Kedah DAP keluar dari PR dalam negeri aje mungkin tak lama lagi LIM umum keluar PR pulak. Gabungan yang tak menjadi masing-masing dengan ideologi berlainan tiada KONSEP SATU MALAYSIA di amalkan.
Pulau Pinang Guan ENG tak mampu nak selesai masalah di Buah Pala ditolak kepada Kerajaan Pusat senang betuiii, habis dia buat apa relax jadi KM tak boleh jadi rakyat kena didahulukan bukan diri sendiri, kenapa nak pindah BUNGLO mewah pulak.
berdasarkan permasalahan ini apa relevan mereka mentadbir Malaysia jangan sekali-kali biarkan mereka mentadbir Malaysia, NYAHH PR................. HIDUP BN 1MALAYSIA
Posted by tajau singa raja


PULAU PINANG 5 Julai – Penduduk Kampung Buah Pala kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengalihkan beban menyelesaikan masalah tanah di situ kepada Kerajaan Pusat.
Rata-rata penduduk yang ditemui juga kesal kerana Guan Eng yang enggan turun padang bertemu penduduk di situ tanpa segan-silu membuat keputusan yang dilihat untuk menyelamatkan dirinya dan mahu lepas tangan.
Mereka berpendapat isu dalaman itu sepatutnya diselesaikan di peringkat negeri dan bukannya memindahkan beban tersebut dengan mudah kepada Kerajaan Pusat.
Utusan Malaysia 06/07/09
Posted by tajau singa raja


MOSCOW 22 Jun – Selepas enam jam 25 minit dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, satelit Asia Timur Malaysia yang keempat atau MEASAT-3a berjaya memasuki ruang orbit seperti yang dijadualkan petang ini.
Berita kejayaan itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Operasi Measat Satelitte System Sdn. Bhd. (Measat), Paul Brown-Kenyon pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Demodedevo di sini petang ini.
Ia merupakan detik kritikal dalam pelancaran sesebuah satelit apabila ia berpisah dengan kenderaan pelancarnya kerana kejayaan tersebut akan memastikan kejayaan operasinya kelak.
Rombongan meliputi kira-kira 50 orang jemputan dan wakil media dari Malaysia menunggu penuh debaran sama ada pelancaran itu mampu mengikut jadual setiap peringkat pemisahan roket berkenaan yang mengambil masa enam jam 25 minit.
Sea Launch merupakan perkhidmatan pelancaran antarabangsa bertanggungjawab terhadap pelancaran MEASAT-3a.
Sebelum itu delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berada di Baikonur awal pagi ini bagi menyaksikan pelancaran roket yang membawa MEASAT-3a.
Baikonur adalah tapak pelancaran yang digunakan oleh angkasawan Rusia, Yuri Gagarin pada 1961 untuk menjadi manusia pertama sampai ke angkasa lepas.
Pelancaran MEASAT-3a dilakukan mengikut jadual pada pukul 3.50 pagi (5.50 pagi waktu Malaysia) dalam keadaan cuaca yang baik.
utusan malaysia 23 Jun 2009
Posted by tajau singa raja
PUTRAJAYA 22 Jun – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berupaya mentadbir negara biarpun tanpa konsep kerajaan perpaduan yang cadangannya tiba-tiba muncul setelah diuar-uarkan dahulu oleh Pas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebenarnya tidak timbul isu pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana idea itu bukannya datang dari BN.
Namun, kata beliau, oleh kerana Pas sendiri berhasrat merealisasikannya dan apatah lagi ia bertujuan kebaikan, maka BN menyambutnya secara terbuka.
“Tidak timbul (isu) kerajaan BN lemah sebab pelawaan itu (cadangan kerajaan perpaduan) datang daripada Pas dahulu.
utusan malaysia 23 Jun 2009
Posted by tajau singa raja
Sunday, May 10, 2009 at 7:59 AM | 0 comments  
KDN dapati tahanan tidak mengancam keselamatan
Kerajaan Baru Najib Nekad Melakukan Perubahan Besar


PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan pembebasan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk tiga pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) iaitu P Uthayakumar, M Manoharan dan K Vasantha Kumar.

Turut dibebaskan ialah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil dan Adzmi Pindatun; dua rakyat Indonesia, Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril; serta lima warga Filipina, Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.














Posted by tajau singa raja

IPOH: Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN). Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang.
PKR ni susah nak terima kenyataan sebenarnya,
Posted by tajau singa raja
Thursday, April 16, 2009 at 8:48 AM | 0 comments  
Bariasn Kabinet baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Posted by tajau singa raja


mALCOM mUSSEN lAMOH (tengah) AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI N.29 BATANG AI yang baru.
Dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Batang Air, calon BN, Malcom Mussen Lamoh menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi, lebih besar berbanding majoriti 806 undi yang diperoleh BN di kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006.
Mussen, 49, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah , 55, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, mendapat 2,053 undi.
Posted by tajau singa raja
BN menang di Batang Ai
Gambar Kiri Malcom Mussen Lamoh diraikan oleh Dato' Sri Dr. James dan Datuk Amar HJ Abang Zohari
BN 3,907
PKR 2,053
Majoriti 1,854

Masyarakat Batang Ai sekali lagi menunjukkan kematangan dengan memilih BN sebagai pengemudi mereka untuk DUN Batang Ai sekali lagi.
PKR yang cuba melakukan satu kejutan di Batang Ai akhirnya terkejut dengan keputusan walaupun mempertaruhkan bekas APAR Lubok Antu Jawah Gerang. Jawah yang pada mulanya sangat yakin boleh memberi nafas baru kepada PKR Sarawak akhirnya tersungkur di Laman Sendiri. Strategi kempen dengan menakutkan masyarakat dan menyatakan masyarakat terhutang budi kepadanya sewaktu masa dahulu tidak menjadi malah lebih banyak memakan diri sendiri.
Apa yang pasti Tubai Kara sudah mula hilang bisa kerana telah ditawar oleh air empangan sakti BN, kuncit beragum akan bersedih mungkin akan beralih arah siapa tahu Batang Ai menjadi saksi kekecewaan Kuncit Beragum, Insaflah wahai pengikut dan penyokong MATA HANTU anda semua tak sampai kemana pun.....
HIDUP BN !!!!!!!!!!!!
Posted by tajau singa raja
Saturday, April 4, 2009 at 11:29 PM | 0 comments  
Batang Ai, Masyarakat dijangka akan terus memberikan sokongan kepada BN berdasarkan rekod bukan bermaksud untuk mendabik dada. Tetapi masyarakat Batang Ai sudah pasti akan menilai, memikir, mengenang kembali reputasi BN terutama kepada masyarakat Batang Ai sepanjang era pemerintahan BN di Batang Ai.
Oleh itu, masyarakat Batang Ai diseru untuk bangkit untuk mempastikan kemenangan kepada BN. Jangan sia-siakan peluang ini, masih banyak yang dapat dilakukan oleh BN kepada Batang Ai. Jangan Silap NYAH PKR,PR atau apa-apa RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

HIDUP BN!!!!!!!!!!!!
Posted by tajau singa raja
Thursday, March 12, 2009 at 6:49 PM | 1 comments  


Pilihan raya kecil Batang Ai akan menyaksikan pertembungan PKR dengan BN(PRS) masyarakat Batang Ai sepatutnya sudah dari awal menilai parti yang mana membawa keharmonian kepada kehidupan penduduk Batang Ai.
Kita tidak perlu parti luar Sarawak seperti PKR untuk membantu kita dalam semua perihal. Kepimpinan negeri sudah memadai untuk melihat dan membawa kita kepada arus pembangunan.
Oleh yang demikian, pengundi Batang Ai jangan mudah terpedaya dengan gula-gula yang ditabur di kaki lima oleh pembangkang dan liur basi yang keluar dari mulut setiap kakitangan PKR Batang Ai yang sudah kita kenal asal usul dan kehidupan mereka sentiasa lepak dikedai kopi manakala isteri dibiarkan bekerja untuk menyara mereka.
Cakap politik yang tak pandai habis dari pagi ke petang, itulah gaya, stail, rupa mereka kakitangan PKR Batang Ai. Tentangan dari mereka tetap kita sahut dan akan bermatian untuk pastikan BN tetap akan memiliki Batang Ai.
Posted by tajau singa raja

Dublin Unting Ingkot
Dublin, 56, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) pada jam 1.25 pagi selepas koma selama sembilan bulan akibat serangan angin ahmar.
Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Anglican, Batu Kitang pada jam 2 petang hari ini.
Posted by tajau singa raja
Thursday, February 19, 2009 at 10:28 AM | 0 comments  

SRI AMAN 18 Feb. - Penduduk tidak seharusnya menjalankan pelbagai aktiviti di atas tanah yang sudah dimiliki oleh kerajaan menerusi pembayaran pampasan kepada pemiliknya untuk tujuan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata, sikap degil penduduk yang masih mahu bertindak demikian secara tidak langsung boleh mengganggu pelaksanaan projek pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan di kawasan tanah terbabit.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada penduduk supaya tidak melaksanakan aktiviti pertanian dan membina kediaman atau struktur bangunan di atas tanah yang telah dimiliki oleh kerajaan.

''Tanah yang telah diberi pampasan oleh kerajaan tidak boleh lagi dilakukan sebarang aktiviti kerana kerajaan mempunyai rancangan ke atas tanah terbabit.

''Tindakan anda (penduduk) berhubung hal ini dilihat seolah-olah menentang rancangan pembangunan oleh kerajaan di kawasan terbabit di samping mengganggu pelaksanaan pelan pembangunan yang sedia ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Gemilang di Rumah Panjang Bau, Jambu Lalang, Skrang, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) N.28 Engkilili di sini semalam.

Dalam pada itu, Rayong berkata, penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar harus sedar bahawa setiap projek pembangunan kerajaan memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup mereka.

Katanya, projek pembangunan ini yang mencakupi aspek peningkatan taraf ekonomi dan sosial penduduk yang secara tidak langsung merapatkan jurang kemajuan mereka dengan penduduk di kawasan bandar.

''Saya meminta penduduk memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya sebelum bertindak mengikut telunjuk jari pihak tertentu yang mahu mereka mengganggu pelaksanaan projek pembangunan oleh Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Pada majlis yang sama, Rayong mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Bau manakala RM3,000 lagi kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Posted by tajau singa raja
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Selangor, jika kerusi itu dikosongkan, diadakan serentak dengan DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi itu termasuk tarikh SPR dimaklumkan oleh Speaker DUN Selangor.

"Kemungkinan untuk berlaku pilihan raya kecil di tiga 'Bukit' secara serentak memang ada, tapi ia bergantung kepada proses pengosongan kerusi DUN Bukit Lanjan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat SPR ke-690 di sini, semalam.
Posted by tajau singa raja
Tuesday, February 17, 2009 at 10:31 AM | 0 comments  

PERKAUMAN
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

AGAMA ISLAM
Mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan, dan tidak mempersoalkannya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kesepakatan dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

FITNAH DAN BERITA PALSU
Rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

SIKAP AHLI PARLIMEN
Amat sedih perilaku tidak sepatutnya di kalangan Ahli Parlimen pada sesi lalu yang memberi imej negatif. Semua Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan Dewan.

Posted by tajau singa raja

KUCHING: Sarawak terhutang budi dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak pernah meminggirkan negeri ini dengan sentiasa mengambil tahu masalah rakyat dan menyediakan peruntukan besar bagi tujuan pembangunan, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata, pucuk kepemimpinan negara juga kerap datang ke Sarawak untuk melihat sendiri masalah rakyat dan sentiasa membawa 'buah tangan' untuk penduduk negeri ini.

Ini katanya, kerana kerajaan Kerajaan Pusat mengakui Sarawak masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan di semua bidang berbanding di Semenanjung, kerana keadaan muka buminya yang terlalu besar dan luas.

"Saya tak tahu cara nak berterima kasih kepada kerajaan Pusat, tanpa berasa emosi. Ini kerana saya terlalu terharu dengan layanan baik Kerajaan Pusat kepada Sarawak selama ini.

"Apa yang dapat kita rakyat Sarawak lakukan ialah sentiasa memberi sokongan padu dan berterusan kepada kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai tanda terima kasih kita," katanya pada majlis penyampaian Bantuan Kewangan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 kepada Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Negeri Sarawak dan Sabah di sini, semalam.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan sumbangan berjumlah RM50 juta kepada sekolah-sekolah terbabit.
Posted by tajau singa raja
Undang-undang, institusi beraja perlu dipertahan

KUALA LUMPUR: Pemimpin, pakar sejarah dan badan bukan kerajaan (NGO) berharap kemurkaan dan teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin diberi perhatian serius dan tindakan keras diambil terhadap pihak yang melakukan penderhakaan terang-terangan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mereka meminta semua pihak akur dan menghormati kedaulatan undang-undang serta institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi antara asas pembentukan Malaysia.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata rakyat Perak menjunjung kasih dan menyokong titah Sultan Selangor itu.

"Kerajaan negeri yang mewakili rakyat berasa terharu dan dengan rasa rendah diri menyanjung titah Sultan Selangor itu. Rakyat Perak akan terus berdiri teguh dan merakamkan rasa hormat dan sayang tidak terhingga kepada baginda Sultan Azlan Shah dan menerima keputusan dibuat baginda dalam urusan hal ehwal negeri ini," katanya pada sidang media di Hotel Seri Malaysia di Ipoh, semalam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga bersetuju dengan peringatan baginda kepada rakyatnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan Perlembagaan beraja.

Akhbar semalam menyiarkan kenyataan Sultan Sharafuddin yang dukacita dan kecewa selain mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang sanggup mengambil risiko dengan perbuatan bersifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu serta kemaruk kuasa.

Kenyataan khas tiga halaman dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani itu dibuat sebagai penegasan Sultan Sharafuddin terhadap pergolakan politik yang berlaku di Perak, mutakhir ini.
Posted by tajau singa raja
KUCHING: Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak menyambut baik pakej bantuan yang akan diberikan Kerajaan Persekutuan bagi membantu penduduk negeri ini yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini. 

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berterimakasih di atas keprihatinan Kerajaan Pusat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pertemuan dengan pemimpin BN Sarawak di sini, semalam. 

Beliau yang juga Menteri Perumahan Sarawak berkata, Najib mahu semu wakil rakyat di negeri ini terutama di kawasan yang ditenggelami banjir baru-baru ini, terus turun padang dan mengumpulkan pelbagai maklumat perlu agar tidak ada mangsa banjir yang tercicir dari senarai penerima bantuan.
"Wakil rakyat BN juga diminta supaya sedar dengan perubahan dan budaya politik di negara ini sekarang serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang janji manis pihak yang mempunya kepentingan peribadi dalam perjuangan politik mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan berkenaan. 

Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata Najib mengajak semua parti komponen BN supaya terus bekerjasama rapat dengannya untuk merealisasikan semua projek pembangunan yang dirancang sebelum ini.

berita harian 13 Feb 2009
Posted by tajau singa raja
KUCHING: Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak menyambut baik pakej bantuan yang akan diberikan Kerajaan Persekutuan bagi membantu penduduk negeri ini yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini. 

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berterimakasih di atas keprihatinan Kerajaan Pusat seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pertemuan dengan pemimpin BN Sarawak di sini, semalam. 

Beliau yang juga Menteri Perumahan Sarawak berkata, Najib mahu semu wakil rakyat di negeri ini terutama di kawasan yang ditenggelami banjir baru-baru ini, terus turun padang dan mengumpulkan pelbagai maklumat perlu agar tidak ada mangsa banjir yang tercicir dari senarai penerima bantuan.
"Wakil rakyat BN juga diminta supaya sedar dengan perubahan dan budaya politik di negara ini sekarang serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang janji manis pihak yang mempunya kepentingan peribadi dalam perjuangan politik mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan berkenaan. 

Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata Najib mengajak semua parti komponen BN supaya terus bekerjasama rapat dengannya untuk merealisasikan semua projek pembangunan yang dirancang sebelum ini.

berita harian 13 jan 2009
Posted by tajau singa raja
Thursday, February 12, 2009 at 7:06 AM | 0 comments  

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan sebanyak 32 peratus hingga 35 peratus mulai 1 Mac ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berkata, pengurangan harga gas sebanyak RM7.06 hingga RM8.53 itu dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan industri-industri berkenaan dan khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

"Secara keseluruhan, langkah ini akan meningkatkan daya saing dan seterusnya menyumbangkan kepada usaha pemulihan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amirsham berkata, harga gas yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (Petronas) untuk sektor elektrik akan dikurangkan kepada RM10.70/million British thermal Unit (MMBtu) daripada RM 14.31/MMBtu.

"Harga gas yang dibekalkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd bagi sektor industri dan pelanggan lain yang menggunakan gas kurang daripada dua juta kaki padu sehari (mmscfd) dikurangkan daripada RM22.06/MMBtu kepada RM15/MMBtu.

"Manakala harga gas untuk sektor industri yang pengunaan gas melebihi dua mmscfd dikurangkan daripada RM23.88 MMBtu kepada RM15.35/MMBtu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut memutuskan harga gas akan disemak semula dua kali setahun pada 1 Jan dan 1 Julai setiap tahun dan diskaun harga gas itu hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia. - BERNAMA


Posted by tajau singa raja

PUTRAJAYA 11 Feb. - Tarif elektrik akan diturunkan pada purata 3.7 peratus kepada 31.3 sen sekilowat jam (kWj) daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini.

Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial 2.7 peratus dan industri 5 peratus.

Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.

“Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik 200 kWj ke bawah sebulan dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen kWj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik sejak tahun 1998,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di sini hari ini.

Kerajaan Perihatin keutamaan BN

Posted by tajau singa raja
Wednesday, February 11, 2009 at 10:19 PM | 0 comments  
Syabas dan Tahniah!!!!!!!!!
MENTERI Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir memulakan tugas hari pertama di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, selepas mengangkat sumpah sebagai sebagai Menteri Besar, Jumaat lalu.
Posted by tajau singa raja

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum pula dilantik sebagai anggota suruhanjaya itu.

“Mereka telah dilantik berdasarkan jawatan yang dipegang oleh mereka dalam badan kehakiman,” kata Abdullah dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

Posted by tajau singa raja

PUTRAJAYA 10 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pegawai awam muda mencontohi kakitangan kerajaan pada zaman awal kemerdekaan yang menjadi tenaga penggerak utama dalam membantu pemimpin rakyat membangunkan negara.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam ketika itu begitu bersemangat melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun jumlah mereka yang mempunyai kelulusan tinggi tidak seramai sekarang.

Beliau yang berkongsi pengalaman selama 45 tahun dalam sektor awam dan politik berkata, kesungguhan kakitangan awam memajukan bidang pendidikan membolehkan usaha mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada golongan ekspatriat berjaya dilakukan dengan cepat.

"Selepas itu, kita melaksanakan proses pemodenan bidang pentadbiran awam dengan menggunakan sepenuhnya tenaga anak-anak tempatan.

"Mereka telah dapat lakukan program-program dalam pelbagai bidang, semua digerakkan oleh pegawai tadbir kerajaan dengan disokong oleh pemimpin rakyat," katanya.

Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates