Tuesday, September 16, 2008 at 9:57 AM |  
Apa sudah jadi dengan politik kita, tidak wujud lagi keamanan dan keharmonian dalam berpolitik ada pihak tertentu yang sengaja menerapkan budaya samseng dalam politik sebagai usaha menakutkan pihak lain.
Sikap ini apa yang peliknya diamanatkan kepada golongan muda (bukan semua) yang darahnya sedang panas sangat mudah dihasut dengan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti memukul, mencaci hamun, merosakkan harta benda dan banyak lagi........
Jangan jadikan budaya kurang ajar tersebut menular di Sarawak..... anak-anak Sarawak sedarlah jangan mendokong perjuangan murahan di tepi-tepi jalan tersebut
Kerajaan sentiasa mengambil kira kesukaran yang kita hadapi kita lahir di Hospital kerajaan, bersekolah di sekolah kerajaan boleh dikatakan dalam banyak hal kita dibantu kerajaan oleh itu, bersama kita sebagai rakyat malaysia menyumbang untuk membangun Malaysia bersama-sama kerajaan bukan membantu pihak yang tidak bertanggungjawab memusnahkan negara.
Hasrat individu tertentu untuk meruntuhkan negara bermula sejak 1998 lagi tapi gagal dan disumbat dalam penjara kini dia kembali untuk meneruskan impiannya, 2008 menjadi idaman kononnya nak jadi orang no 1 negara... jangan termakan umpan kerana di Sarawak ada juga yang sudah terkena umpan tapi golongan tersebut adalah diantara mereka yang kecewa dalam politik.
Wahai anak-anak muda seangkatan jangan mudah termakan hasutan sedarlah perpaduan adalah asas kepada segalanya
Posted by tajau singa raja

1 comments:

Zaidil Ripin said...

Bro,
manusia kini sudah lupa asal usul mereka... Kalau nak dicerita dari A sampai Z kerajaan telah beri kepada kita. Bila dah dewasa, dah da keja, dah da ilmu mulalah nak pusingkan kerajaan. Lu pikirlah Sendiri!!!!!

September 16, 2008 at 3:49 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates