Friday, October 31, 2008 at 11:16 AM |  

KUCHING 28 Okt. - Barisan Nasional (BN) Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak pernah membuli rakan parti-parti komponen BN dari negeri ini malah sentiasa menghulurkan bantuan jika terdapat parti yang berhadapan dengan masalah.

Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, menerusi pengalaman beliau terbabit dalam politik sejak lebih 30 tahun lalu, BN Sarawak tidak membuli parti komponen tetapi sentiasa berkongsi sebagai rakan seperjuangan.

Menurutnya, PBB sentiasa menghulurkan bantuan kepada parti-parti komponen di Sarawak dalam menyelesaikan masalah mereka termasuk krisis kepimpinan yang melanda Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum ini.

''Malah sehingga kini, apabila parti komponen BN iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengalami krisis kepimpinan, PBB sentiasa menghulurkan bantuan untuk mengatasinya.

''Jika PBB tidak mengambil peduli malah tidak membantu mereka, ia akan memberi kesan kepada parti-parti komponen BN yang lain, namun atas semangat BN, maka kita di Sarawak terus membantu parti-parti komponen BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Posted by tajau singa raja

2 comments:

wilmastanleyz said...

Brother..

Saya menyokong headline tersebut. Malah saya berpendapat bahawa Slogan '45 tahun Sarawak Maju dalam Malaysia' juga merupakan contoh bahawa segala kemajuan di diarsai di Sarawak bukan hanya dilakukan oleh parti PBB, tetapi melalu kerjasama semua wakil rakyat yang DIPILIH OLEH MASYARAKAT untuk mewakili mereka dalam membangunkan negeri.
Malah, tindakan Beginda sengaja memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mengapi-apikan rakyat di Sarawak, khususnya, untuk menentang Kerajaan Negeri.
Malah, Beginda sendiri pernah bertanding sebanyak DUA KALI sebagai pembangkang, iaitu pada PRU Parlimen Sarawak 1999 di Parlimen Kapit dan PRU DUN Sarawak 2001 bagi DUN Engkelili. malah, kedua-duanya atas kerusi KeAdilan.

Jadi, haruskah kita mempercayai kata-kata seorang yang tidak teguh kepada pendiriannya sendiri? Malah tidak mengsyukuri

October 31, 2008 at 3:35 PM  
tajau singa raja said...

itulah Beginda Minda sebenarnya individu seperti ini tak berpendirian dan hanya berfikiran sempit dan mempunyai agenda peribadi hati hati dengan pihak yang menangguk di air keruh ni.........

October 31, 2008 at 3:44 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates