Kecoh............kecoh lagi
Laporan Akhbar The Sun mengenai anak gadis penan menjadi mangsa rogol sampai ada yang melahirkan anak luar nikah menjadi persoalan dan diselubungi penuh tanda tanya?
Mengapa tiada laporan dibuat kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan. Manakala media yang menyiarkan kisah penderaan seksual gadis penan berpusat di Switzerland mendakwa 2 buah syarikat pembalakkan melakukan keganasan seksual di beberapa penempatan sekitar tempat operasi mereka.
Bruno Manser Foundation (BMF) sebuah badan bukan kerajaan, melalui sebuah saluran media mendakwa berlakunya penderaan seksual membabitkan wanita dan pelajar perempuan kaum penan. BMF ini memang terkenal dengan artikal-artikal yang mengaitkan Negeri Sarawak dan seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan dan memburuk-burukkan kerajaan negeri Sarawak sejak dari dulu lagi Bruno mendakwa Kerajaan Sarawak melakukan pemusnahan terhadap kediaman kaum asli Sarawak, kemudian membuat penyataan pemusnahan habitat orang Utan, kemudian mambantah pembinaan Empangan Bakun.
Masyarakat jangan cepat memberikan penilaian dan keputusan mengenai penyataan Bruno Manser tersebut siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis, sekiranya benar hukuman yang setimpal harus dikenakan, tiada sesiapa yang akan terkecuali dari tindakan undang-undang di negara kita Malaysia. Pihak kerajaan Negeri sudah membuat penyataan akan turun padang dan akan bertemu sendiri dengan masyarakat Penan tersebut.
Malahan pasukan petugas telah ditubuh bagi menyiasat dakwaan tersebut, sekiranya memang benar berlaku pendedahan akan tetap dibuat dengan seberapa segera perkara ini turut diakui oleh pemimpin tertinggi komponen BN Sarawak.
Posted by tajau singa raja

2 comments:

jadamganyai.blogspot.com said...

Memang kes ini ada berlaku dan sekarang dalam siasatan pihak polis di Miri di mana Penan itu mengandung anak luar nikah. Kes disiasat oleh P/Insp Siti Hajar. Hingga semalam belum ada saspek ditangkap.

October 10, 2008 at 7:21 AM  
tajau singa raja said...

Sekiranya perkara ini memang benar-benar berlaku diharap agar pihak berkuasa memandang serius terhadap insiden seperti ini. Tindakan undang-undang harus dikenakan kepada pihak yang terlibat....

TSR....

October 13, 2008 at 3:48 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates