Wednesday, October 29, 2008 at 12:02 PM |  

Lebuh India menjadi tumpuan para pelancong sebagai tempat membeli belah.
- Gambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 28 Okt. - Lebuh India yang terletak di pusat bandar raya Kuching dan berhampiran Sungai Sarawak bagaikan 'lombong emas' para peniaga di kawa-san tersebut.

Mempunyai sejarah lebih seratus tahun, Lebuh India bukan lagi tempat asing bagi rakyat Sarawak kerana di situ juga terhimpun peniaga berbilang kaum yang menjalankan perniagaan di deretan bangunan-bangunan lama.

Lebuh India akan kelihatan meriah apabila tiba musim perayaan bukan hanya untuk Hari Raya Aidilfitri, malah perayaan kaum-kaum lain seperti Tahun Baru Cina, Hari Gawai Dayak, Krismas dan musim bermula sesi persekolahan.

Mengapa Lebuh India menjadi tumpuan sedangkan di bandar raya ini telah wujud pelbagai tempat atau pusat beli belah yang lain?

Utusan Malaysia cuba membongkar rahsia di sebalik keistimewaan Lebuh India yang dikatakan wujud sejak 1850-an dan mampu bertahan sehingga hari ini serta berpeluang menemubual generasi pewaris peniaga awal di kawasan tersebut iaitu Aysha Shaikh Ismail, 50.

Aysha yang memiliki Syarikat Perniagaan Zaiyah menceritakan bahawa kawasan Lebuh India dianugerahkan oleh pemerintah Borneo ketika itu, Rajah Putih kepada pedagang India Muslim yang tiba ke Sarawak.

Menurutnya, kumpulan India Muslim itu kemudiannya membina sebuah surau dan di sekelilingnya pula dibina deretan bangunan kedai untuk aktiviti kaum tersebut.

''Para pedagang itu pula akan membayar sewa kepada surau, di atas penggunaan bangunan-bangunan kedai di sini sehingga sekarang.

''Lama-kelamaan, kawasan yang mulanya sunyi menjadi semakin meriah dari tahun ke tahun ekoran penduduk dari seluruh Sarawak bertumpu ke Lebuh India untuk 'shopping' zaman dahulu," katanya.

Asyha memberitahu, jika berada pada zaman itu, gambaran mengenai Lebuh India ketika itu boleh dibayangkan dengan Sungai Sarawak penuh dengan perahu, bot dan kapal dari seluruh Sarawak yang berlabuh di situ semata-mata untuk membeli-belah di sini.

Malah katanya, ada yang sanggup bermalam dua atau tiga hari di dalam perahu atau bot masing-masing untuk membeli belah keesokannya bahkan keadaan Lebuh India semakin sesak jika berlangsungnya kejohanan regata di Sungai Sarawak.

''Begitulah sedikit gambaran mengenai suasana dan pemandangan Lebuh India pada zaman-zaman dahulu dan kami anak-anak kecil pada masa itu sungguh teruja dengan kehadiran orang ramai ke sini.

''Perniagaan di Lebuh India ini juga diwarisi secara turun temurun oleh generasi seterusnya termasuk saya sendiri yang mewarisinya daripada ayah," katanya.

Posted by tajau singa raja

1 comments:

ali rajali said...

bro..sy copy artikel jln india..klu xbleh bgitau.

June 4, 2011 at 3:01 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates