LUBOK ANTU 30 Nov. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 200 permohonan bagi mendapatkan sijil kelahiran manakala 20 lagi bagi MyKad sepanjang lima hari pelaksanaan Operasi Bersepadu Bersama JPN di beberapa kawasan di daerah ini.

Operasi yang berakhir pada Jumaat lalu, diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Delok pada 24 November, SK Nanga Tibu (25 November), Gerai Majlis Daerah Lubok Antu di Batang Ai (26 November) dan Kompleks Sukan Daerah Lubok Antu (27 dan 28 November).

Ketua Unit Khas Bergerak Operasi Bersepadu Bersama JPN, Faradilah Abdullah berkata, daerah Lubok Antu merupakan lokasi pertama operasi ini dilaksanakan dan selepas ini operasi yang sama akan diadakan di Bario dan Long Singu.

''JPN menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk dan semua pemohon telah memberi kerjasama yang baik sepanjang operasi itu dijalankan," katanya di sini semalam.

Operasi kali ini melibatkan penyertaan daripada beberapa agensi seperti Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) polis, mahkamah, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain.

Faradilah berkata, beliau menasihatkan penduduk yang belum mempunyai MyKad supaya memberi maklumat tepat ketika ditemuduga pegawai JPN bagi melancarkan urusan permohonan mereka.

Katanya, maklumat yang betul dari pemohon semasa membuat permohonan amat diperlukan bagi memudahkan urusan JPN.

Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates