Tuesday, September 30, 2008 at 9:00 AM | 0 comments  

Hari Raya bakal menjelma, hari kebesaran masyarakat yang beragama islam dai seluruh dunia, tradisi kunjung mengunjung terus menjadi amalan balik ke kampung berhari raya bersama keluarga sahabat handai dan teman lama.
Semoga perpaduan yang wujud di kalangan pelbagai kaum dapat dibajai dengan perayaan yang pelbagai di negara kita Malaysia.
Selamat hari raya kepada semua berhati-hati semasa memandu balik ke kampung, semoga perjalanan pergi dan balik dari destinasi yang dituju selamat dan diberkati.
Posted by tajau singa raja
Wednesday, September 24, 2008 at 2:32 PM | 0 comments  

ISA tidak sepatutnya dibubarkan, atau dipinda oleh mana-mana pihak. Semua maklum sekiranya tiada ISA maka perkara-perkara sensetif masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan dengan sewenang-wenangnya diperkatakan dan dipermainkan.
Pihak yang inginkan ISA dibubarkan ada kepentingan tersendiri
Kekalkan ISA
Pihak Pembangkang sememangnya akan mempergunakan pelbagai pihak dengan menghasut dan memburuk-burukkan ISA jangan hiraukan mereka (Pembangkang) teruskan agenda kerajaan jangan biarkan mereka mempersoalkan AKTA ISA.
Posted by tajau singa raja
Friday, September 19, 2008 at 2:28 PM | 0 comments  

TOLAK ORANG LUAR
Pertahankan Negara..............
Selepas menonton siaran ARWANI tergerak dihati untuk menulis petang ni..
BOLEH tahan juga Malaysia, kebelakangan ni menjadi bualan hangat masyarakat dan pemimpin luar negara...tapi yang tak syoknya ni golongan tertentu (pengkhianat politik) membawa masuk orang luar untuk hadir di sidang media untuk memburukkan negara sendiri.
Perkara yang tidak masuk akal langsung..membawa orang luar untuk bercakap perihal negara Malaysia yang kononnya tidak mengamalkan prinsip Demokrasi (GUS DUR).
Jika kita renung seketika secara mendalam GUSDUR memerintah tidak sampai satu penggal sudah digulingkan oleh rakyat, pemimpin seperti itukah yang kita percaya yang membawa ideologi-ideologi kegagalan dan disebarkan di Malaysia sungguh menyedihkan kepada penyokong parti pembangkang mereka nampak masih buta untuk membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Dibandingkan dengan negara lain di dunia kita di Malaysia cukup bertuah dengan keadaan persekitaran yang harmoni walau dihuni puluhan bangsa inilah aset penting kita hingga kini.
Perkara ini memang ditekankan oleh semua pemimpin negara kita sejak dulu lagi dan dikekalkan hingga sekarang.
Resepi ini yang sudah diadun sekian lama dan tidak perlu orang dari luar untuk menambah perisa mahupun mengadun segala bahan yang diperlukan. Kita bangsa malaysia sudah ada kepakaran dan kemahiran untuk mengekalkan citarasa yang disukai oleh masyarakat kita.

Oleh itu tak kira orang luar dari mana sekalipun jangan campur perihal negara MALAYSIA negaraku TERCINTA.
Posted by tajau singa raja
Thursday, September 18, 2008 at 9:25 AM | 0 comments  

KEJUJURAN
kesungguhan PM untuk plan peralihan kuasa 2010 atau mungkin lebih awal tidak dapat dipertikaikan lagi dengan penyerahan beberapa peranan penting beliau kepada TPM dari masa ke semasa dan yang dilakuka semalam jawatan portfolio Menteri Kewangan telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib. Oleh yang demikian kepada pihak-pihak yang mendesak bersabarlah dengan tarikh yang sudah dipersetujui. Untuk tempoh terdekat wajar kita menumpukan perhatian kepada kerja-kerja yang belum selesai untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Yang penting dalam masa negara memerlukan keringgat kita, inilah masa yang sesuai untuk kita menyumbang tenaga membangun negara dan bangsa.
Posted by tajau singa raja
Wednesday, September 17, 2008 at 1:58 PM | 1 comments  
Aduhaiiiiii Apa Nakk Jadiiiiiiii
Ni ada lagi kejutan dari PKR ketua mereka mula berdolak dalih itulah sifat Anwar banyak kejutan kan dah kata kan dia masih ada banyak lagi kejutan takpee teruskan dengan kejutan-kejutan yang tak menjadi.
Kali ini pembangkang cakap mereka ada senarai nama wakil rakyat yang lompat parti, tapi taknak dedahkan apa muslihat mereka ni, ini yang dikatakan publisiti murahan dikalangan pembangkang, pembohongan dari ketua hingga ke anak-anak buah turut meneruskan agenda mitos semata-mata pihak PR.
Pagi tadi terpampang di surat khabar Inggeris Sarawak gambar penyokong-penyokong PKR yang mana turut disertai ketua-ketua mereka meraikan Hari Penubuhan Malaysia iaitu semalam, dikalangan mereka tu tahukah apa itu Hari Penubuhan Malaysia? kalau setakat nak bagi ramai baik duduk rumah saja, apa yang menyedihkan ada dikalangan pemimpin PKR yang hadir dilihat menyanyi... ke apa ke.... masa tu sambil merujuk teks takkan nanyi Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku tak reti sambil memegang bendera parti tak ke pelik rupanya......... ini nak bercakap tentang Penubuhan Malaysia mereka sebenarnya ni tak ada kerja yang lebih berfaedah dilakukan, masih dengan tabiaat di tepi-tepi jalan meraih simpati dan publisiti murahan itulah cara mereka yang ada dalam tempoh terdekat ni.

Parti seperti inikah yang kita harapkan untuk memimpin kita di Sarawak, takala pemimpin-pemimpin BN kita sibuk dengan masalah rakyat dan memikirkan agenda pembangunan luar bandar, mereka (pembangkang) membuang masa dengan aktiviti meracun fikiran rakyat dengan ideologi luas tapi sempit di mata masyarakat umum dengan memburuk-burukkan kerajaan yang selama ini banyak membantu masyarakat dalam usaha membangunkan negeri Sarawak dan Malaysia amnya.
KONONNYA kalau PR memegang tampuk kepimpinan negara Hari Malaysia akan diumumkan sebagai cuti sudah-sudahlah dengan cerita karut tu, masalah 5 negeri yang dibawah jagaan mereka (PR) sekarang entah kemana hala tuju sekarang mereka nak cakap pasal sebuah negara?????????
FIKIR LAH....
teruskan menyokong BN untuk kesejahteraan bersama
Posted by tajau singa raja
Tuesday, September 16, 2008 at 9:57 AM | 1 comments  
Apa sudah jadi dengan politik kita, tidak wujud lagi keamanan dan keharmonian dalam berpolitik ada pihak tertentu yang sengaja menerapkan budaya samseng dalam politik sebagai usaha menakutkan pihak lain.
Sikap ini apa yang peliknya diamanatkan kepada golongan muda (bukan semua) yang darahnya sedang panas sangat mudah dihasut dengan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti memukul, mencaci hamun, merosakkan harta benda dan banyak lagi........
Jangan jadikan budaya kurang ajar tersebut menular di Sarawak..... anak-anak Sarawak sedarlah jangan mendokong perjuangan murahan di tepi-tepi jalan tersebut
Kerajaan sentiasa mengambil kira kesukaran yang kita hadapi kita lahir di Hospital kerajaan, bersekolah di sekolah kerajaan boleh dikatakan dalam banyak hal kita dibantu kerajaan oleh itu, bersama kita sebagai rakyat malaysia menyumbang untuk membangun Malaysia bersama-sama kerajaan bukan membantu pihak yang tidak bertanggungjawab memusnahkan negara.
Hasrat individu tertentu untuk meruntuhkan negara bermula sejak 1998 lagi tapi gagal dan disumbat dalam penjara kini dia kembali untuk meneruskan impiannya, 2008 menjadi idaman kononnya nak jadi orang no 1 negara... jangan termakan umpan kerana di Sarawak ada juga yang sudah terkena umpan tapi golongan tersebut adalah diantara mereka yang kecewa dalam politik.
Wahai anak-anak muda seangkatan jangan mudah termakan hasutan sedarlah perpaduan adalah asas kepada segalanya
Posted by tajau singa raja
Monday, September 15, 2008 at 3:27 PM | 2 comments  
Anwar oh Anwar apa sandiwara politik kau seterusnya
usaha anwar hanya akan menjatuhkan negara
bukan itu saja malah ia akan memusnahkan bangsa Malaysia
mimpi yang tak akan jadi kenyataan cita cita tinggi hanya omong kosong "jako ngapa"
wahai rakyat malaysia jangan jadikan Anwar sebagai pemimpin negara
mari kita bersatu "begulai sejalai" "bersama-sama" mendokong kepimpinan Pak Lah
rakyat sarawak masih perlukan BN dan bukan PR

Posted by tajau singa raja
Friday, September 12, 2008 at 2:43 PM | 0 comments  
selamat sejahtera kawan-kawan
Posted by tajau singa raja
Monday, September 8, 2008 at 8:40 AM | 0 comments  
Test
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates