Thursday, February 19, 2009 at 10:28 AM |  

SRI AMAN 18 Feb. - Penduduk tidak seharusnya menjalankan pelbagai aktiviti di atas tanah yang sudah dimiliki oleh kerajaan menerusi pembayaran pampasan kepada pemiliknya untuk tujuan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata, sikap degil penduduk yang masih mahu bertindak demikian secara tidak langsung boleh mengganggu pelaksanaan projek pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan di kawasan tanah terbabit.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada penduduk supaya tidak melaksanakan aktiviti pertanian dan membina kediaman atau struktur bangunan di atas tanah yang telah dimiliki oleh kerajaan.

''Tanah yang telah diberi pampasan oleh kerajaan tidak boleh lagi dilakukan sebarang aktiviti kerana kerajaan mempunyai rancangan ke atas tanah terbabit.

''Tindakan anda (penduduk) berhubung hal ini dilihat seolah-olah menentang rancangan pembangunan oleh kerajaan di kawasan terbabit di samping mengganggu pelaksanaan pelan pembangunan yang sedia ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Gemilang di Rumah Panjang Bau, Jambu Lalang, Skrang, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) N.28 Engkilili di sini semalam.

Dalam pada itu, Rayong berkata, penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar harus sedar bahawa setiap projek pembangunan kerajaan memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup mereka.

Katanya, projek pembangunan ini yang mencakupi aspek peningkatan taraf ekonomi dan sosial penduduk yang secara tidak langsung merapatkan jurang kemajuan mereka dengan penduduk di kawasan bandar.

''Saya meminta penduduk memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya sebelum bertindak mengikut telunjuk jari pihak tertentu yang mahu mereka mengganggu pelaksanaan projek pembangunan oleh Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Pada majlis yang sama, Rayong mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Bau manakala RM3,000 lagi kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates