KUCHING: Sarawak terhutang budi dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak pernah meminggirkan negeri ini dengan sentiasa mengambil tahu masalah rakyat dan menyediakan peruntukan besar bagi tujuan pembangunan, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata, pucuk kepemimpinan negara juga kerap datang ke Sarawak untuk melihat sendiri masalah rakyat dan sentiasa membawa 'buah tangan' untuk penduduk negeri ini.

Ini katanya, kerana kerajaan Kerajaan Pusat mengakui Sarawak masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan di semua bidang berbanding di Semenanjung, kerana keadaan muka buminya yang terlalu besar dan luas.

"Saya tak tahu cara nak berterima kasih kepada kerajaan Pusat, tanpa berasa emosi. Ini kerana saya terlalu terharu dengan layanan baik Kerajaan Pusat kepada Sarawak selama ini.

"Apa yang dapat kita rakyat Sarawak lakukan ialah sentiasa memberi sokongan padu dan berterusan kepada kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai tanda terima kasih kita," katanya pada majlis penyampaian Bantuan Kewangan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 kepada Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Negeri Sarawak dan Sabah di sini, semalam.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan sumbangan berjumlah RM50 juta kepada sekolah-sekolah terbabit.
Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates