Thursday, August 13, 2009 at 12:33 PM |  

PUTRAJAYA 12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengertian patriotisme diperluaskan dengan setiap warganegara harus memiliki cakupan nilai dan perangai yang baik serta menghormati undang-undang.

Sambil meminta seluruh rakyat menginsafi nikmat kemakmuran 52 tahun kemerdekaan, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia sebenarnya bertuah kerana mendiami sebuah negara yang ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Justeru, beliau berharap makna lebih luas patriotisme itu akan meninggalkan kesan mendalam pada jiwa setiap warganegara dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini.

''Pengertian patriotisme bukan sekadar melahirkan kecintaan dan kesetiaan kental kepada negara tetapi juga menjadi warganegara yang sentiasa berperangai baik, bekerja bersungguh-sungguh serta menjaga keharmonian dan mengamalkan nilai-nilai murni.

''(Hakikatnya) tiada negara lain, mungkin ada negara lain yang merdeka tetapi jika kita rangkum segala-galanya, pada keseluruhannya tiada bumi yang lebih baik daripada Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini hari ini.

utusan malaysia 13 Ogos 2009

Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates