Tuesday, October 20, 2009 at 3:07 PM |  


Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.
Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting."Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar."Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.
malaysiakini 20/10/09
Posted by tajau singa raja

1 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, syukurlah, semua rakyat Malaysia dapat meraikan kedua-dua tarikh bersejarah 31 Ogos dan 16 September tiap-tiap tahun...... kalau boleh diperingatkan juga hari bermula konfrantasi Indon-Malaysia, kerana Indon tidak berpuashati Sabah dan Serawak lebih memilih Malaysia untuk bergabung dari Indon sendiri.....

October 21, 2009 at 1:11 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates