Wednesday, July 6, 2011
at
8:29 PM
|
Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.
Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
RABU 06 JULAI 2011
Posted by
tajau singa raja
Saturday, July 2, 2011
at
10:04 PM
|
Pintu rundingan ditutup
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka. Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka. Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO. "Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot. Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam. Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu.
P/S : ADUHHHHHH!!!!!!!! TUTUP JE TANGKAP TERUS
Posted by
tajau singa raja
 Tun Dr Mahathir berkata, beliau sudah mempelajari 8 tuntutan Bersih. Tuntutan itu bukan bermaksud sepertimana tuntutan akan tetapi mahu mengwujudkan tsunami politik kepada BN. Melalui himpunan itu, mereka mahu kerajaan bertindak. Melalui tindakan kerajaan itu, mereka ada asas mengapi-apikan perasaan rakyat untuk membenci kerajaan, akhirnya mereka mendapat sokongan. Tun Dr Mahathir megambil contoh perhimpunan yang sama tahun 2007, akibatnya pada PRU-12, Pembanagkang menguasai 5 negeri, dan menafikan kuasa 2/3 BN di dewan rakyat. Menurut mantan Perdana Menteri itu, keadaan serupa berlaku, apabila pemuda umno mahu mengerahkan 500 ribu ahlinya untuk tunjuk perasaan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak polis mengadakan operasi lalang dimana lebih 100 orang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin politik. Seharusnya tindakkan pencegahan dijalankan lebih awal, tidak menunggu keadaan semakin panas seperti masa ini. Apa pun, mungkin pihak Polis ada kaedahnya tersendiri.
P/s : SAYA SOKONG TUN ISA HARUS DIGUNA PAKAI MENANGANI PERKARA INI.....
Posted by
tajau singa raja
Ketika NGO menyerang Pulau Pinang dengan kekuatan 1500 orang, di Ipoh, 7000 orang anak-anak muda bekas PKR 'menyerang' bandaraya tersebut untuk memberitahu Lim Kit Siang dan DAP Perak serta Pakatan Rakyat bahawa anak-anak muda sanggup bergabung dan turun ke jalan raya berhadapan dengan Perhimpunan HARAM dengan sebarang kemungkinan.
Mat Sabu dan para pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin, anak-anak muda menyebelahi mereka. Dan sebagai tindak balas, 7000 orang anak muda membanjiri Bandaraya Ipoh untuk menunjukkan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu sebenarnya hanyalah angan-angannya sendiri!!! 7000 orang anak muda yang bermotosikal itu hanya merupakan sebahagian yang 'terlepas' masuk ke Bandaraya Ipoh kerana polis telah membuat sekatan di lima tempat. Kalau semuanya dilepaskan, besar kemungkinan IPOH akan bermandikan baju hitam dan baju merah. Tiada sebarang perancangan yang dibuat untuk mengumpulkan 7000 orang anak muda tersebut seperti BERSIH 2.0 yang telah dirancang berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun... 7000 orang tersebut hanyalah anak-anak muda yang sedang berang dengan Perhimpunan HARAM!!! Antara yang turut hadir dalam perarakan tersebut adalah RAHIMI OSMAN, pegawai khas Anwar Ibrahim!!! AYUHHHHH ANAK MUDA!!! TUNJUKKAN KEPADA MAT SABU DAN PAKATAN RAKYAT, KITA SEMUA SANGGUP BERMANDI DARAH UNTUK NEGARA!!!
yesssssss !!!!!!!!!!! jangan sertai dan terjebak mainan politik jalanan pembangkang wahai anak muda kitalah pewaris negara selamatkan Malaysia negara kita dari pengkhianat
Posted by
tajau singa raja
Friday, July 1, 2011
at
7:34 AM
|

Polis terima 2193 laporan membantah Perhimpunan HARAM pihak berkuasa harus melihat perkara ini sebagai tanda masyarakat menolak perkara yang menggugat kesejahteraan negara. Pihak berkuasa gunakan ISA untuk individu yang masih akur untuk mengadakan Perhimpunan JALANAN untuk menjatuhkan kerajaan. Rakyat menyokong sebarang tindakan pihak berkuasa dalam usaha menghalang Perhimpunan HARAM ini berlaku.
Posted by
tajau singa raja
Wednesday, June 29, 2011
at
10:29 PM
|

Petikan dari akhbar Berita Harian pada tahun 1965:
KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.
Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.
Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.
Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.
Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.
Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.
Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.
Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.
Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 1965)
p/s Satu Malaysia, 1Malaysia Jangan Sertai Perhimpunan Haram Ia Bukan Budaya Kita Bangsa Malaysia........
Posted by
tajau singa raja
Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.
Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.
Menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi. tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk. Serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli. polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.
Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas. manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.
Posted by
tajau singa raja

Motif utama mengalih pandangan rakyat terhadap kesalahan yang dia tanggung dan terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang. Pendedahan demi pendedahan berlaku Anwar masih bermain wayang mendalangi Perhimpunan Haram..Rakyat Malaysia perlu sedar perkara ini kepada yang degil meneruskan perhimpunan HARAM...jangan gadaikan negara kerana insan KOTOR ini...Pihak Berkuasa bertindak tegas ISA untuk pengkhianat negara...
Posted by
tajau singa raja
Tuesday, June 28, 2011
at
1:51 PM
|

Sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina,Romeo Castillo,59 dan seorang warga Korea Min Young Song, 24 di tahan dihadapan sebuah kolej di Johor.
Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis kini telah meresapi Perhimpunan Haram. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh dan biasa oleh masyarakat Malaysia. Wujud pihak yang ingin menumbangkan negara Malaysia jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan propoganda politik kotor pihak yang mendalangi Perhimpunan Haram tersebut, jangan kita mengadai negara dengan menyertai Perhimpunan Haram yang mendakwa mereka BERSIH. Pihak berkuasa perlu tegas dengan ancaman ini kuatkuasakan ISA kepada Perhimpunan Haram serta merta.
Posted by
tajau singa raja
Sunday, June 26, 2011
at
9:35 PM
|

Harus Tegas kepada peserta Perhimpunan Haram........Kerajaan jangan berlembut dengan pengkhianat negara..menyertai Perhimpunan Haram sudah dianggap menggugat kesejahteraan negara Malaysia gunakan ISA untuk manusia yang tidak mengenang budi kerajaan...saya pasti ramai rakyat Malaysia akan bersama kerajaan menentang Perhimpunan Haram tersebut...ramai yang sayangkan negara kepada semua yang sayangkan Malaysia Kita TOLAK Perhimpunan Haram Tak Guna Ini.....
Posted by
tajau singa raja

Siapakah dalang Perhimpunan Haram 2.0, Lihat sendiri wajah pengkhianat kepada tanah air ini. Ambiga pada saat dan ketika ini perlu berfikir dengan waras yang Anwar perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan pengesahan klip Video yang ditayangkan trio Datuk T dan menggemparkan seluruh negara adalah 99.9% bukan mirip tetapi adalah sah wajah Ketua Pengkhianat negara tersebut.
Posted by
tajau singa raja
Thursday, June 23, 2011
at
3:03 PM
|
Inikah budaya yang diagungkan pihak Perhimpunan Haram? Negara musnah, porak poranda. Inilah gambaran rusuhan yang berlaku diluar negara keadaan tidak terkawal.... janganlah diwujudkan perkara ini di Malaysia yang aman makmur ini...Rakyat Malaysia ramai ramai kita tolak Perhimpunan Haram ini....
Posted by
tajau singa raja
Wednesday, June 22, 2011
at
8:10 AM
|

OOOOOOOOOOOOOOO....... lihatlah wahai masyarakat Malaysia yang dicintai...inilah dalang sebalik Perhimpunan Haram..Inilah Manusia Jalanan yang perlu kita TOLAK....Seruan kepada Pihak Keselamatan gunakan ISA demi negara tercinta.
Rancangan Politik Kotor Untuk Menutup Segala Kelemahan dan ketidakmampuan mereka mengotakan janji kepada rakyat. paling nyata PERHIMPUNAN HARAM ni semata mata untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap SKANDAL SEKS ANWAR...YANGGGG SEMAKIN TERDESAK DAN TERSERLAH KEBENARANNYA.....JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM.....
Posted by
tajau singa raja
Tuesday, June 21, 2011
at
9:22 PM
|
Tindakan tegas pihak berkuasa terhadap individu yang menggugat keamanan negara  ...................
Malaysia negara kita pertahankan keamanan dan keharmonian yang sudah sekian lama kita kecapi, tolak individu yang menjadi dalang dan petualang bangsa Malaysia...Tolak Pehimpunan HARAM...Tolak Budaya Politik JALANAN.
Ramai yang sudah mula menolak dan bimbang tujuan sebenar Perhimpunan HARAM ini...tak perlu berfikir panjang usah terlibat dengan budaya kotor ini.
Posted by
tajau singa raja
Wednesday, September 29, 2010
at
9:36 AM
|

Kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR yang sedang berlangsung di seluruh negara didakwa berpunca daripada calon-calon yang mendapat restu Anwar Ibrahim dan Azmin Ali ‘tidak’ dipilih ahli-ahli di peringkat akar umbi. Atas sebab itu, ‘orang-orang Anwar dan Azmin’ telah melancarkan provokasi melampau terhadap ‘orang-orang Zaid Ibrahim’ dengan sengaja menimbulkan kekacauan. Situasi ini membuktikan PKR sebagai sebuah parti yang tidak langsung bertunjangkan kepada kepentingan ahli akar umbi, tetapi sebaliknya berpaksikan kepada agenda peribadi pemimpin tertentu sahaja.Masalah pemilihan parti juga berpunca kerana tiadanya unsur ketelusan dan ketidakadilan dalam parti dengan kuasa dipusatkan sepenuhnya kepada Anwar dan Azmin semata-mata. Sekiranya calon-calon yang ditaja Anwar dan Azmin gagal dalam mempertahan mahupun mendapatkan jawatan seperti yang dirancang, pasti akan ada tangan-tangan ghaib yang akan menggagalkan perjalanan mesyuarat termasuk mencetuskan kekacauan. Berdasarkan apa yang sedang berlaku sekarang agenda sebenar PKR adalah untuk mencapai matlamat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Yang pasti dalam pemilihan Cabang PKR mesti dimenangi ‘orang-orang tajaannya’ dan selepas itu akan berjaya mengawal PKR secara keseluruhannya.Kekecohon pemilihan PKR Cabang Subang terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah teknikal pada kertas undi. Masalah teknikal ini ekoran kesilapan nama-nama calon calon yang bertanding sehingga memaksa pengundian terpaksa ditangguhkan.Persoalannya, adakah masalah teknikal ini sengaja atau tidak sengaja dilakukan? Bagaimana boleh tidak sengaja sedangkan sebelum pemilihan mereka yang bertanding sesuatu jawatan telah mengetahuinya. Walaupun ditangguhkan, ahli mesyuarat telah mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.Berbeza dengan PKR Cabang Klang dan Petaling Jaya Selatan yang turut ditangguhkan ekoran kekecohan yang berlaku disebabkan ‘orang-orang Zaid Ibrahim’ sedang mendahului calon tajaan Anwar dan Azmin. Kekacauan ini sangat jelas memandangkan ‘orang-orang Zaid’ telah berjaya menguasai pemilihan PKR peringkat cabang. Pergaduhan PKR Cabang Klang lebih membimbangkan disebabkan kumpulan gangster masuk campur. Lebih dahsyat lagi, kotak-kotak undi dan kerusi dibaling tanpa memperdulikan rakan mahupun lawan. Difahamkan sebanyak 6 kumpulan gangster bertembung sesama sendiri.Situasi yang juga berlaku di PKR Cabang Kota Raja.Pergaduhan yang melibatkan kumpulan gengster merupakan tindakan biadap yang tidak boleh diterima akal normal. Manakan tidak, penglibatan gengster merupakan jangkauan pada tahap bahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. PKR Cabang Kapar, Selangor mesyuarat terpaksa ditangguhkan apabila berlaku provokasi antara penyokong calon sehingga bertindak di luar kawalan termasuk mengoyak kertas undi.Hampir kebanyakan Pemilihan Mesyuarat Cabang PKR di Selangor telah menyaksikan kubu-kubu kuat Azmin rebah kepada Zaid apabila penyandang Cabang Petaling Jaya Utara (Selangor), Elizabeth Wong dan Datuk Kamarul Bahrin Abbas di Teluk Kemang (Negeri Sembilan) tewas kepada pencabar masing-masing.
Posted by
tajau singa raja
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada hari ini telah berjaya menapakkan ‘dirinya’ sekukuh dengan jabatan dan agensi lain dalam masyarakat berlandaskan peranannya ‘memimpin pendapat rakyat’. Usaha JASA sebagai penghubung terus kepada masyarakat dalam apa jua keadaan telah memberi ruang kepada rakyat untuk terus mendampingi JASA. Jabatan Hal Ehwal KhasKetelusan hati pegawai-pegawai JASA untuk terus mendampingi rakyat tidak perlu dipersoalkan. Nun jauh di hujung kampung mahupun di hujung daerah serta bahagian di Sarawak, JASA akan terus mencurahkan baktinya demi mendengar dan mengamati permasalahan rakyat untuk disalurkan terus kepada pihak berwajib. Atas kapasiti itu, JASA terus dihormati dan akan terus mendampingi rakyat. Sejarah Latar Belakang JASAJASA? Apakah JASA dan siapakah JASA? Itulah persoalan yang hendak dikemukakan oleh penulis yang sangat popular dengan kelantangannya mencaci, menghentam dan menabur fitnah dalam setiap tulisannya di dalam laman blognya. JASA dahulunya dikenali sebagai BHEK atau Bahagian Hal Ehwal Khas, telah ditubuhkan pada 11 Mei 1960 (selepas merdeka dan sebelum pembentukan negara Malaysia).Pastinya, penubuhan awal BHEK ini adalah untuk memelihara dan mempertahankan politik dan Kerajaan Perikatan. Ketika itu, selepas merdeka 1957, Persekutuan Tanah Melayu masih lagi muda dan memerlukan banyak tanggungjawab untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar kukuh. Ekoran itu, penubuhan BHEK ketika itu sangat relevan demi memelihara kestabilan politik.Selain tanggungjawab beratnya dalam memelihara dan mempertahankan politik dan Kerajaan, BHEK juga berperanan penting dalam: 1. Memberi kesedaran dan kefahaman yang berkualiti, tepat dan jelas dalam aspek siasah danagama. 2. Menyediakan laporan maklum balas dengan tepat, semasa dan sahih mengenai isu-isu siasahdan agama. 3. Menyediakan bahan-bahan penerbitan dan multimedia yang bermaklumat semasa mengenaisiasah dan agama. 4. Menyedia dan memberi khidmat kepakaran komunikasi bersemuka kepada masyarakat. 5. Memberi khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek kewangan dan sumber manusia. 6. Bertindak atas prinsip `Kebenaran Terserlah Negara Cemerlang` dalam melaksanakan tugas.Pada hari ini, JASA telah meniti kukuh ke arah landasan yang betul dalam mempertingkatkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia berteraskan prinsip Rukun Negara. Berteraskan misi JASA ke arah: 1. Memperkukuhkan kestabilan politik negara dengan mendapatkan sokongan rakyat terhadapKerajaan melalui gagasan 1Malaysia; 2. Mendorong dan memimpin pendapat positif rakyat (leading public opinions) terhadapKerajaan melalui pendekatan bersepadu; 3. Menjadi perantara hubungan timbalbalik (reciprocity) di antara Kerajaan dan rakyat Malaysiadalam dan luar negeri; dan 4. Meningkatkan perpaduan dan keharmonian rakyat berteraskan Rukun Negara. Sumber: Wira Kenyalang
Posted by
tajau singa raja
Friday, September 3, 2010
at
9:37 AM
|
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didakwa mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Aminah bagaimanapun enggan mendedahkan apa yang dimaksudkan dengan rahsia utama itu kerana yakin ia merupakan sesuatu yang sedia diketahui oleh pihak-pihak berkenaan. Kini katanya, menjadi kewajipan kepada mereka itu untuk menjelaskannya kepada rakyat. "Bagi saya memang tidak menghairankan mengapa Anwar dan Wan Azizah tidak dapat memberi penjelasan apabila ditanya mengapa Azmin diberi layanan istimewa dan apa yang Azmin mahu dia akan dapat. "Ini berlaku kerana Azmin pegang semua rahsia Anwar. Rahsia ini yang memberi kuasa besar pada Azmin ke atas Anwar dan Wan Azizah. Saya yakin satu hari nanti rahsia ini akan terbongkar jua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Aminah mengulas gesaan bekas rakan baik Penasihat PKR tersebut, Datuk S. Nallakarupan yang mencabar Anwar memberikan penjelasan berhubung kedudukan terlalu istimewa yang dinikmati oleh Azmin selama ini. Azmin selaku Naib Presiden PKR baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan lantikan itu membuktikan kedudukan istimewa Azmin kepada Anwar. Bagaimanapun sehingga kini cabaran oleh Nallakarupan itu langsung tidak dijawab oleh pasangan suami isteri tersebut. Selain Nallakarupan, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak turut meminta pasangan itu menjelaskan perkara sama tetapi langsung tidak diendahkan oleh mereka berdua. Tegas Saidatul Badru, Wan Azizah amat perlu membersihkan dirinya daripada terus digelar sebagai 'presiden boneka'. Sementara itu, Aminah berkata, beliau amat berharap agar Anwar, Wan Azizah dan Azmin menghayati matlamat dan hala tuju parti yang diasaskan oleh pejuang reformasi tulen sebelum ini tetapi secara tidak amanah telah dipesongkan oleh mereka. Jelas beliau, itu antara sebab utama mengapa ramai ahli termasuk di kalangan pimpinan PKR bertindak keluar parti. Katanya, ini kerana mereka ini yang mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, tidak lagi sanggup diperkotak-katikkan oleh kepimpinan mempunyai agenda peribadi. sumber utusan malaysia
Posted by
tajau singa raja
Wednesday, April 28, 2010
at
1:19 PM
|
JOHOR BAHRU 27 April - "Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu." Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kelmarin. Beliau turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN. "Pokoknya kita (BN) dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah menjalankan kerja mereka dengan baik. "Kita dah terima keputusan dan BN dah menang. Pihak yang terlibat sepatutnya terima hakikat dan kenyataan itu, tak sewajarnya bangkitkan sebab-musabab kerana mereka tak puas hati dengan apa yang telah berlaku," tegasnya. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Mengenai kecenderungan pengundi Cina yang terus menyokong pembangkang, Muhyiddin berkata, BN akan mengkaji keputusan pilihan raya kecil tersebut secara menyeluruh. "Dalam mana-mana pilihan raya kecil seperti ini, selepas selesai kita akan teliti kecenderungan pengundi ikut kaum dan sebagainya. Apakah perkara yang mempengaruhi pengundi untuk menyokong atau sebaliknya, itu kita akan kaji," katanya. Ditanya dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa UMNO mempergunakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memperjuangkan hak-hak kaum Melayu, Muhyiddin dengan tegas menafikan tuduhan itu. "Perkasa adalah satu badan bukan kerajaan. Kita tidak merancang apa- apa dan ini adalah inisiatif yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Melayu tertentu. "Kalau mereka berbuat sesuatu untuk menjaga kepentingan Melayu, itu adalah hak badan bukan kerajaan itu," katanya. Menurutnya, Kit Siang sendiri dalam ucapannya termasuk yang disiarkan di dalam blog turut membuat seruan-seruan kepada kaum tertentu bersatu atas tujuan menolak hak kaum lain. "Saya fikir, nak kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih," ujarnya. Beliau berkata, BN akan meneliti secara terperinci di setiap peti undi dan menilai apakah langkah dan strategi yang boleh diambil untuk memperkukuhkan parti dan BN bagi menghadapi cabaran pada masa depan. Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, calon BN, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 utusan malaysia 28.04.2010
Posted by
tajau singa raja
KUCHING 27 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan peguam, Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu 16 Mei ini, setelah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Abdul Taib yang juga Ketua Menteri berkata, pencalonan Hui Yew oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menunjukkan persediaan yang baik parti itu untuk mengetengahkan pemimpin muda pada masa depan. ''Beliau (Hui Yew) merupakan seorang yang aktif di Sibu dan kebanyakan orang di sana mengenalinya, bagus bermain skuasy dan mempunyai personaliti yang baik serta mudah didekati. ''Beliau boleh bekerja dengan semua parti komponen BN Sarawak dan kali ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada SUPP kerana mempunyai pemimpin baik yang mampu berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Hui Yew, 45, bapa kepada empat orang anak merupakan Penolong Bendahari SUPP Sibu dan saudara dua pupu kepada bekas Ahli Parlimen Sibu iaitu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew. Peguam lulusan University of Hull, Britain itu merupakan anak kepada hartawan serta dermawan terkemuka di negeri ini iaitu Lau Swee Nguong. Dalam pada itu, Abdul Taib berkata, beliau melihat peluang BN untuk menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu kali ini adalah cerah. ''Sebagaimana kesan yang berlaku di Hulu Selangor, ia menunjukkan rakyat ketika ini semakin mempercayai kepimpinan Perdana Menteri untuk membawa transformasi yang lebih baik kepada rakyat negara ini. ''Saya percaya, rakyat Sibu juga akan yakin dengan keikhlasan yang cuba dibawa Najib untuk membawa Malaysia ke arah masyarakat yang lebih moden dan makmur," jelas beliau. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK Parlimen Sibu pada 16 Mei ini manakala tarikh penamaan calon pada 8 Mei. utusan malaysia 28.04.2010
Posted by
tajau singa raja
Thursday, March 11, 2010
at
1:26 PM
|
NEW YORK: Sepuluh daripada orang paling terkaya di dunia memiliki kekayaan terkumpul bernilai AS$342 billlon pada tahun ini, berbanding hanya AS$254 billion tahun lalu.Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia yang diumumkan Majalah Forbes hari ini: 1. Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion) 2. Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion) 3. Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion) 4. Mukesh Ambani (India. Minyak, Gas. AS$29 billion) 5. Lakshmi Mittal. (India) Besi & Keluli. AS$28.7 billion) 6. Lawrence Ellison (Amerika Syarikat. Oracle . AS$28 billion) 7. Bernard Arnault (Perancis. LVMH - barangan mewah. AS$27.5 billion) 8. Eike Batista (Brazil. Pelombongan, Minyak. AS$27 billion) 9. Amancio Ortega (Sepanyol. Pakaian Runcit. AS$25 billion) 10. Karl Albrecht (Jerman. Pasaraya AS$23.5 billion) 11. Ingvar Kamprad dan Keluarga (Sweden. Ikea. AS$23 billion) 12. Christy Walton dan Keluarga (Amerika Syarikat. Walmart. AS$22.5 billion) 13. Stefan Persson (Sweden. Hennes and Mauritz. AS$22.4 billion) 14. Li Ka-shing (Hong Kong. Pelbagai. AS$21 billion) 15. Jim Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.7 billion) 16. Alice Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.6 billion) 17. Liliane Bettencourt (Perancis. L’Oreal. AS$20 billion) 18. S. Robson Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$19.8 billion) 19. Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud (Arab Saudi. Pelaburan. AS$19.4 billion) 20. David Thomson dan Keluarga (Kanada. (Harta Warisan/Pusaka. (AS$19 billion). Berita Harian 11/03/2010
Posted by
tajau singa raja
|
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates
|