LUBOK ANTU 30 Nov. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 200 permohonan bagi mendapatkan sijil kelahiran manakala 20 lagi bagi MyKad sepanjang lima hari pelaksanaan Operasi Bersepadu Bersama JPN di beberapa kawasan di daerah ini.

Operasi yang berakhir pada Jumaat lalu, diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Delok pada 24 November, SK Nanga Tibu (25 November), Gerai Majlis Daerah Lubok Antu di Batang Ai (26 November) dan Kompleks Sukan Daerah Lubok Antu (27 dan 28 November).

Ketua Unit Khas Bergerak Operasi Bersepadu Bersama JPN, Faradilah Abdullah berkata, daerah Lubok Antu merupakan lokasi pertama operasi ini dilaksanakan dan selepas ini operasi yang sama akan diadakan di Bario dan Long Singu.

''JPN menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk dan semua pemohon telah memberi kerjasama yang baik sepanjang operasi itu dijalankan," katanya di sini semalam.

Operasi kali ini melibatkan penyertaan daripada beberapa agensi seperti Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) polis, mahkamah, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain.

Faradilah berkata, beliau menasihatkan penduduk yang belum mempunyai MyKad supaya memberi maklumat tepat ketika ditemuduga pegawai JPN bagi melancarkan urusan permohonan mereka.

Katanya, maklumat yang betul dari pemohon semasa membuat permohonan amat diperlukan bagi memudahkan urusan JPN.

Posted by tajau singa raja

BARAM 30 Nov. - Pemimpin masyarakat di daerah Baram boleh memainkan peranan penting bagi menyelesaikan masalah penduduk yang tidak memiliki status anak negeri di luar bandar, kata Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan.

Katanya, sebagai pemimpin peringkat akar umbi yang dilantik kerajaan, mereka amat rapat dengan rakyat dan sepatutnya mengetahui latar belakang penduduk di kawasan masing-masing.

Jacob Dungau, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian pada majlis bagi meraikan pelantikan Penghulu Jalong Tanyit baru-baru ini sebagai pemimpin masyarakat Orang Ulu di Long Mekaba di sini malam tadi.

Katanya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu menerima pengesahan para pemimpin masyarakat dalam urusan permohonan kad pengenalan bagi tujuan pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada penduduk terbabit.

Jacob Dungau turut meminta pemimpin masyarakat sentiasa mengemaskini rekod penduduk di kawasan masing-masing bagi membantu JPN dalam urusan pendaftaran penduduk.

utusan malaysia 01 Dis 2008

Posted by tajau singa raja

PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memastikan harga barang makanan yang diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak mesti merupakan barangan yang digunakan rakyat setiap hari.

Dalam nada kesal, Perdana Menteri berkata, peniaga kebiasaannya begitu liat malah lewat untuk menurunkan harga barang pada setiap kali harga minyak diturunkan tetapi begitu cepat pula tanpa disuruh menaikkan harga apabila harga minyak naik.

utusan malaysia 01 Dis 2008
Posted by tajau singa raja
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates