LUBOK ANTU, Jumaat (30 Jan) - Ibubapa perlu memainkan peranan serta tanggungjawab yang cukup besar khasnya dalam memberikan perangsang dan motivasi kepada anak-anak demi kebaikan masa depan pendidikan mereka, demikian kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.Katanya, tanggungjawab ibubapa dalam memberikan perangsang dan motivasi adalah amat penting kerana tanpa perangsang tersebut golongan anak-anak tidak akan begitu mengambil berat untuk mempertingkatkan tahap kecemerlangan akademik masing-masing.
“Dalam perkara ini para ibubapa harus sedar bahawa mereka perlulah melaksanakan peranan berkenaan untuk mempertingkatkan taraf akademik anak-anak dan bukannya sekadar mengharapkan peranan pihak warga pendidikan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Antara Rumah-Rumah Sukan Ke-34 Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu 2009 di Komplek Sukan Lubok Antu baru-baru ini.Sementara itu kata Nyalau, penguasaan anak-anak dalam bidang akademik adalah amat penting memandangkan mereka adalah aset serta individu professional untuk meneruskan kesinambungan proses pembangunan negeri.Jelas beliau, golongan anak-anak juga bakal menjadi harapan untuk mengantikan para pemimpin negara bagi meneruskan usaha pembangunan dari segi politik, ekonomi dan sosial di masa yang akan datang.
"Jikalau kita dapat melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cukup cemerlang dalam bidang akademik nescaya mereka ini nanti bakal menjadi pemimpin negara kita ini di masa yang akan datang,” katanya.Nyalau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada SMK Lubok Antu bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh sekolah itu.Justeru, beliau berharap agar pihak ibubapa sedar akan peranan mereka sebagai seorang ‘guru’ ketika meluangkan masa bersama anak mereka di rumah dan tidak menyandarkan tugas mempertingkat tahap kecemerlangan anak-anak di bahu pihak sekolah di masa yang akan datang.
Hadir sama ialah Pengetua SMK Lubok Antu Encik Leslie Tawan anak Gandil dan para ketua kaum dari sekitar daerah kecil Lubok Antu.
Posted by tajau singa raja

1 comments:

Sarawak Update said...

feed bahan dengan kamek juak. we r doing citizen journalism, khususnya berita luar bandar

www.sarawakupdate.com.my

February 4, 2009 at 11:28 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates