LUBOK ANTU, Jumaat (23 Jan) – Sikap mementingkan diri sendiri dikalangan individu atau kumpulan tertentu yang menyokong pihak pembangkang selama ini sebenarnya boleh memberikan kesan terhadap hidup penduduk yang tinggal disekeliling mereka kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.
Menurut beliau kewujudan golongan individu atau kumpulan yang menyokong pihak pembangkang secara tidak langsung boleh membantutkan usaha pembangunan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN) di sesebuah kawasan terbabit selama ini.
“Penduduk di kawasan luar bandar sebenarnya masih dahagakan pembangunan yang cuba dibawa oleh BN kepada selama ini namun kehadiran pihak berkenaan (individu atau kumpulan penyokong pembangkang) boleh menggugat usaha sebegini dari masa ke semasa.“Kumpulan ini hadir dikalangan penduduk dalam kawasan masing-masing dan menghasut mereka untuk membenci pihak BN dengan harapan agar keperluan politik mereka dapat dipenuhi setelah berjaya memperalatkan penduduk itu sendiri,” jelas beliau.
Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Ringkai, Seremat dalam daerah kecil Lubok Antu, Sri Aman malam tadi yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan para pegawai kerajaan sekitar daerah itu.Tindakan penduduk yang angkat menentang BN hasil hasutan pihak terbabit kata beliau secara tidak langsung telah menganggu perlaksanaan sesebuah projek pembangunan yang cuba dibawa oleh kerajaan kepada mereka.“Individu atau kumpulan penyokong pembangkang itu sebenarnya tidak peduli sama ada penduduk di kawasan mereka akan ketinggalan dari segi projek pembangunan akibat dari tindakan hasutan pihak itu sendiri.“Paling penting ialah agar keperluan politik mereka dapat dipenuhi oleh penduduk...yang lain itu mereka tidak peduli,” katanya sambil menambah bahawa pembangunan oleh BN akan diteruskan sekiranya penduduk tidak termakan hasutan pihak terbabit.
Justeru Nyalau menasihatkan penduduk terutamanya mereka yang menetap di kawasan luar bandar untuk terus setia dibelakang kerajaan BN supaya projek pembangunan di sesebuah kawasan terbabit dapat dilaksana dari masa ke semasa.Majlis berkenaan menyaksikan beliau mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM80,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Ringkai untuk membolehkan pihak terbabit mengubahsuai kawasan rumah panjang mereka.
Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates