Monday, February 9, 2009 at 8:39 AM |  













Karpal desak Anwar undur

GEORGETOWN: DAP semalam meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat kerana mempromosikan budaya melompat parti dengan memancing wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Anwar tidak layak untuk menerajui Pakatan Rakyat kerana tindakannya mempromosikan politik lompat parti adalah perbuatan tidak bermoral serta menjejaskan imej Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang minggu lalu, apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), masing-masing tiga daripada PKR dan satu DAP, bertindak keluar parti untuk menyokong BN.
Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates