Monday, February 9, 2009 at 10:39 AM |  

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM), sedang dalam proses untuk mengemukakan kertas cadangan pembentukan Akta Bank Pusat yang baru ke Parlimen.

Gabenornya Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, akta yang dicadangkan itu akan memberikan Bank Pusat kuasa dan instrumen yang perlu untuk melaksanakan peranan dan fungsinya secara lebih berkesan.

Beliau menambah, cadangan itu juga bersesuaian dengan persekitaran perbankan domestik dan global yang mengalami perubahan sejak 50 tahun.

''Akta itu akan membabitkan perubahan secara menyeluruh terhadap mandat bank, ketelusan, kebertanggungjawapan dan rangka kerja tadbir urus sedia bertujuan memastikan bank kekal kompetitif dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa depan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 BNM yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini hari ini.

utusan malaysia 09 feb 2009

Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates