SRI AMAN 9 Feb. - Projek pembinaan Bandar Baru Moden Sungai Tunoh, Ulu Mujong di bahagian Kapit bakal memberi kesan pembangunan terhadap kawasan pedalaman bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kerajaan menerusi Unit Perancangan Sarawak (SPU) kini sedang giat merangka pelan pembinaan bandar baru moden di kawasan tersebut.

Katanya, SPU juga sedang merangka pelbagai pelan untuk memastikan kejayaan pembinaan bandar baru itu dengan membangunkan kawasan tanah bagi projek pertanian moden serta pelancongan.

''Seperti yang telah diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, projek pembinaan Bandar Baru Moden Sungai Tunoh, Ulu Mujong diyakini memberi manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman dalam tempoh 10 tahun akan datang.

''Projek ini boleh dianggap lebih 'besar' berbanding dengan projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Bario," katanya.

Jabu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Randau Pemansang Bersama Rakyat anjuran Lembaga Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA) di Dewan Suarah Sri Aman di sini semalam.

Hadir sama Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Jemut Masing, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis serta Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Posted by tajau singa raja

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates